in

Teater Hantu Ketapang Lakonan Ezad Lazim & Nas Adilla

TEATER HANTU KETAPANG
(Jangan lalu bawah pokok )

Pementasan teater ini adalah merupakan salah satu program teater julung kali yang dianjurkan bersama GMO & MPAJ bertujuan memberi peluang dan ruang kepada badan bukan kerajaan (BKK) kebudayaan dan kesenian untuk menganjurkan pementasan di Auditorium MPAJ. Selain itu, kerjasama seumpama ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan persatuan ini dengan bahagian kebudayaan MPAJ.

Naskah ini mengisahkan Ketapang ( Fairuz Selamat ), iaitu seekor hantu jantan yang hidup di sebuah pokok ketapang dalam sebuah kampong. Kebetulan kedudukan pokok itu terletak di tengah-tengah laluan orang kampong keluar masuk untuk ke Bandar. Al kisah kecoh terjadi apabila ketapang yang telah di beri tempoh 21 hari untuk mencari jodohnya sendiri oleh bapak dan mak hantu telah jatuh hati pada seorang gadis kampong iaitu Zulina ( Nas adila ).

Zulina yang bekerja di sebuah kilang sering menggunakan laluan di bawah pokok ketapang untuk ke tempat kerja. Ketapang yang di temani sahabat baiknya Hantu GiGi ( Hairie Mohamad ), sentiasa menantikan kehadiran Zulina dan adakala cuba menegurnya namun dihalang beberapa kali oleh hantu gigi kerana bimbang Zulina terkejut apabila melihat wajah sebenar hantu ketapang. Dalam pada itu Hantu Ketapang agak rimas dengan perangai dan sikap sesetengah penduduk kampong yang masih melakukan kerja-kerja ngangkung di pokok tersebut. Dia dan hantu gigi pernah beberapa kali memperdayakan mereka dari melakukan kerja terkutuk itu.

Di suatu petang, Ketapang telah di kejutkan dengan kemunculan Zulina bersama kekasih hatinya iaitu Johari ( Aliff AF ) yang bercadang untuk mengikat tali pertunangan, sambil di temani sahabatnya Megat ( Ezad Lazim ) dan Farah ( Seri Nabilla ).

Johari tanpa sedar telah melukakan hati ketapang. Ketapang yang marah telah membuat onar di kampong tersebut mengganggu penduduk kampong sehingga kecoh sampai ke warung Pak Tam ayah Zulina Keadaan bertambah tegang apabila Johari dan Zulina hilang, dan dikhuatiri di culik oleh hantu ketapang. Pak Tam ( Zaiful hazami ) Bakar ( Lokman Harmin ) Kamil ( Black Azmer ) serta orang kampong berusaha menjejak mereka tapi gagal. Sehinggalah berlaku kejadian yang tidak di duga di bawah pokok Ketapang dengan munculnya Bomoh KK
( Ani Maiyuni ) untuk menyelamatkan keadaan. Berjayakah Bomoh KK melawan ketapang? bagaimanakah dengan Zulina dan Johari..? Nantikan kesudahannya.

Apa Kata Pengarah?

Sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada seluruh teanga kerja dan pelakon teater ini yang sentiasa memberi kerjasama serta sokongan yang kuat untuk saya menjayakan pementasan sulung saya untuk 2013 ini. Terima kasih juga kepada pihak MPAJ terutama En. KhairilAzhar Ismail ,Pegawai Tadbir Pejabat Yang Dipertua ( Jabatan Belia Masyarakat ) yang sangat memahami usaha persatuan ini yang sememangnya amat memerlukan sokongan seperti ini. Memasuki tahun ke 12 saya berteater tapi ini adalah satu-satunya pementasan yang sangat tinggi nilai secara peribadinya dalam diri saya. Jatuh bangunnya saya adalah kerana sahabat-sahabat teater di dalam persatuan ini. Maka itu saya tidak pernah berasa putus asa untuk meneruskan perjuangan dalam seni teater ini. Dengan ruang latihan yang amat baik disediakan saya serta tenaga kerja belakang tabir dapat menjalankan latihan dengan lancar sekali. Saya dibantu oleh Sdr Shazli Cuit selaku Pengarah Artistik pementasan teater ini dan Ahmad Rezalludin Abdul Rahman selaku Pengurus Pentas 1 dan Amirularif Pengurus Pentas 2.

Latihan telah pun berlangsung hampir 3 minggu, dan segalanya nampak positif dan saya amat bangga kerana peluang yang diberikan kepada artis-artis terlibat digunakan sebaik mungkin dan mereka tidak pernah merungut malah kami senang bekerjasama bagi memastikan watak masing-masing lebih cantik dan menarik. Dengan barisan artis yang terlibat seperti Fairuz Selamat, Ezad Lazim, Nas Adilla, Aliff AF, Ani Maiyuni, Arin Raja Lawak, Abu Mamu dan Seri Nabilla, saya sangat berharap pementasan teater Hantu Ketapang ini dapat menarik minat semua golongan untuk menyaksikannya. Dengan lokasi yang sangat strategik saya yakin peminat teater sekitar lembah kelang mudah untuk datang menyaksikan teater bercorak komedi seram ini.

TARIKH : 12hb & 13hb april 2013 ( Jumaat & Sabtu )
MASA : 8.30 malam
TEMPAT : Auditorium MPAJ Pandan Indah Kuala Lumpur

TARIKH : 14 April 2013 ( Ahad )
MASA : 3.30 petang dan 8.30 malam
TEMPAT : Auditorium MPAJ Pandan Indah Kuala Lumpur

PAS MASUK :
RM 10.00

UNTUK TEMPAHAN TIKET HUBUNGI :
O18 3201979 ( ATIE )
016 3221867 ( FATIN )

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Akhir Lantai Cilik Pada 6 April Ini

Drama Maskara Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz & Anzalna Nasir