TEATER EKSPERIMENTALÂ TEPUK AMAI-AMAI
Bermulanya…
Pementasan Teater Eksperimental Tepuk Amai-Amai merupakan hasil daripada usaha Revolution Stage (RS) yang telah mengadakan bengkel lakonan secara PERCUMA – FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon yang mana telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara.
Hanya 6 orang peserta sahaja yang telah terpilih untuk menjalani bengkel selama sebulan bermula 20 Februari 2012 lepas. RS mengambil inisiatif ini untuk membuka peluang kepada bakat-bakat baru yang berminat dalam seni teater.
Melalui bengkel ini pihak RS berharap bakat-bakat baru yang berilmu dan berkualiti dapat dihasilkan. Ianya juga membuka peluang untuk mereka beraksi di pentas menemui khalayak sekaligus mempromosikan bakat yang dimiliki kepada penggiat industri. Peserta akan melakukan pementasan selama 4 hari di Auditorium Muzium Negara di akhir bengkel ini.
Para peserta yang terlibat dari kalangan umur 18-30 tahun dan mampu memberi komitmen selama sebulan pada setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8-11PM. Bengkel ini bermula pada 13 Februari 2012 di Bangunan Warisan Negara, Kampung Baru.
Bengkel ini akan dijalankan oleh teraju RS iaitu Khairunazwan Rodzy yang berpengalaman. Beliau merupakan Pengarah teater Badai Semalam dan pernah melatih peserta rancangan realiti Pilih Kasih I dan II.
Sekarang ini…
Teater Ekperimental ‘Tepuk Amai-Amai’ merupakah sebuah device play oleh Khairunazwan Rodzy bersama para peserta FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon. Teater yg bergerak melalui proses device ini telah ditetapkan temanya, ‘cita-cita dan impian’ sebagai kes yang diperbincangkan serta isu yang diketengahkan dalam permentasan.
Setelah proses device berlaku dalam merangka sebuah permentasan Eksperimental ini, hasil yang diperolehi ialah berkisarkan tentang kehidupan zaman persekolahan yang melibatkan watak-watak seperti Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Keluarga. Plotnya bergerak berlandaskan watak para pelajar yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing sehingga berjaya. Pelbagai konflik berlaku semasa proses usaha mereka, cabaran, halangan, tekanan serta dugaan telah sebati dalam diri mereka.
Pementasan teater ini penuh dengan rasa dan perasaan yang pernah dirasai bagi setiap yang sedang atau pernah bergelar sebagai seorang pelajar. Rasa dan perasaan itu telah diberi sentuhan satira yang padat oleh pengarah dan para pemainnya.
Teater ini menyentuh perihal kehidupan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran serta bermasalah dalam kehidupan keluarga masing-masing. Disamping itu sikap kebanyakkan ibu bapa juga digarapkan bagi memberi kesedaran tentang hubungan anak, pelajaran, ibu bapa dan impian. Keadaan di sekolah yang dibangkitkan mengenai cerita guru-guru sebagai pendidik yang sangat menginginkan pelajar-pelajar mereka yang cemerlang dan berjaya mencapai cita-cita pelajar dan impian sekolah. Kesemua isu tersebut telah diberi sentuhan satira yang bakal memberi kesan menarik dan humor dalam pementasan ini.
Adakah anda jua punya impian?
Adakah anda maseh belum bertemu impian?
atau adakah anda tidak tahu impian anda?
Mari memenuhi kerusi Auditorium Muzium Negara beramai-ramai!!
Tenaga Kerjanya…..
Pengarah : Khairunazwan Rodzy
Pengurus Pentas : Azrul Azizi Amirul
Sinorgrafer : Kirin Muhamad
Pereka Grafik : Cech Adrea
Pelakon/Pemain : Asyraf Afif
: Aznah Mohamed
: Dila Abd. Ghani
: Azlin Nur Mohd
: Adinda Atie
: Nur Ismah Atirah
Teknik Fizikal : Chris Daniel
Pengurus Projek : Roselawaty
Publisiti : Kama Farouk
Dokumentasi : Siti Fatimah
: Asraf Thaqib
: Cech Adrea
Infonya….
Tarikh : 12 April hingga 15 April 2012
Masa : 8.30 malam
: 3.00 petang dan 8.30 malam ( 14 April dan 15 April)
Tempat : Auditorium Muzium Negara
Tiket : RM 20 (Dewasa)
: RM 10 (Pelajar, OKU)
Terbitan : Revolution Stage
Kerjasama : Jabatan Warisan Negara
: Jabatan Muzium Negara
Sebarang keterangan hubungi 012-3843010, Roselawaty.
LATAR BELAKANG
REVOLUTION STAGE
REVOLUTION STAGE merupakan syarikat yang ditubuhkan pada 2006 pada mulanya oleh Khairunazwan Rodzy, namun kini ianya didaftarkan semula bersama graduan – graduan seni persembahan gabungan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Teknologi Mara (UITM) pada Disember 2006. Atas kesedaran dan kecintaan terhadap seni budaya dan warisan negara, maka Revolution Stage dijadikan platform dan medan anak – anak muda ini melahirkan karya- karya bermutu bukan sahaja untuk kelompok penikmat seni malah kepada khalayak umum.
Secara tidak langsung, graduan-graduan yang menerajui Revolution Stage telah melibatkan diri ke peringkat yang lebih profesional. Selain itu, Revolution Stage juga turut bersama memeriahkan lagi industri seni tanah air dalam bidang teater. Dengan pengalaman selama menuntut di IPT masing-masing dan pengalaman yang dikutip daripada produksi-produksi luar, pengurusan syarikat ini mampu diuruskan dengan lebih sistematik dan terkawal.
Penggerak Revolution Stage terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai fokus serta matlamat untuk membawa pemikiran baru yang lebih efektif dan dinamik kepada khalayak umum melalui corak persembahannya. Khalayak dapat menikmati hasil sentuhan kreatif yang mempunyai dimensi baru. Bersesuaian dengan nama ‘revolution’ yang membawa maksud perubahan, membuktikan peneraju syarikat Revolution Stage membawa perubahan daripada takok lama ke era baru yang lebih mencabar.
Revolution Stage juga mendapat kerjasama dengan penggiat seni yang tidak asing lagi dalam bidang persembahan teater iaitu Sahilin Abdan atau lebih dikenali dengan Nam Ron. Beliau selaku penasihat serta pengkritik bagi syarikat Revolution Stage banyak membantu daripada segi kualiti dan mutu hasil kerja kreatif Revolution Stage. Dengan kerjasama tersebut, adalah diharapkan syarikat ini akan lebih berkembang pesat seiring dengan kesenian dan warisan negara.
Antara program yang pernah dianjurkan oleh Revolution Stage, Teater WAKTU Eksperimental Merdeka di MTC (2006), Teater Naturalisasi di Black Box Aswara (2007), Teater TyIcKooUnS di Auditorium DBP (2011), Teater SeNaPas di Stor DBP (2011), Tayangan Filem Pendek : ‘PangKal’ (Panggung Akal) di Stor DBP (2011), FirstTimeWorkshop : ‘Bengkel Asas Lakon’ di Bangunan Warisan (2012) dan banyak lagi.