in

Teater Bangsawan Siti Zubaidah Di Panggung Bandaraya

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan Teater Bangsawan Siti Zubaidah sempena Program Semarak Bangsawan 2011 yang akan dipentaskan oleh Kumpulan Geliga Sakti Opera pada tarikh masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 18 hingga 20 Mac 2011
Masa : 8.30 malam
Tempat : di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

Poster_Siti_Zubaidah_HQ

SINOPSIS SITI ZUBAIDAH

Zainal Abidin Shah, Raja Muda Negara Kembayat telah berkahwin dengan puteri Zaharah. Namun begitu dalam perjalanannya melihat sekitar daerah jajahan, dia telah bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik dan mempunyai suara yang sangat merdu dan membuatkan hatinya terpikat. Ketika itu beliau bersama sahabat sahabatnya berada di sempadan daerah terpencil di beri nama Pulau Pelangi.

Siti Zubaidah di lamar dan di kahwini serta di bawa pulang ke Negara kembayat. Dalam pada itu Sultan Zahim Shah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada anak penghulu Sitara yang di tuduh menipu dalam satu urusan jual beli. Ini telah membuatkan Dato penghulu Sitara kecewa dan mengambil keputusan meminta bantuan Negara Silantra untuk membalas dendam.

Kehadiran Siti Zubaidah di istana tidak dapat di terima oleh permaisuri serta isteri pertama Zainal Abidin Shah iaitu Puteri Zaharah. Siti Zubaidah di hina dan di cerca kerana mereka berpendapat dirinya bukan berketurunan raja. Negara Silantra dalam diam mengatur strategi menyerang dengan menghantar tenteranya sambil di ketuai oleh adinda Raja Silantra iaitu Puteri Kemala. Zainal Abidin Shah di tawan dan di seksa. Puteri Kemala dalam diam rupanya menaruh hati kepada Zainal Abidin Shah tapi di tentang Raja Silantra dan akibatnya Puterinya kemala di bunuh.

Siti Zubaidah yang sedih dengan apa yang terjadi kepada suaminya terus di hina oleh permaisuri sehingga dia mengambil keputusan melarikan diri ke dalam hutan. Di sana Siti Zubaidah telah bertemu dengan Nurjannah, seorang gadis yang melarikan diri dari kekejaman Raja Silantra yang mahu memperisterikannya.

Mereka bersatu dan berguru dengan Tok Ayah di dalam hutan sambil Siti Zubaidah memasang Strategi meminta bantuan negara asal jajahan ayahandanya di pulau pelangi untuk menentang Raja Silantra seterusnya menyelamatkan Zainal Abidin Shah. Pertarungan hebat berlaku antara Zainal Abidin Shah dan Raja Silantra, akhirnya Raja Silantra tertewas.

Anjuran
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

dengan kerjasama
PRODUKSI GELIGA SAKTI OPERA

Mempersembahkan
TEATER BANGSAWAN SITI ZUBAIDAH

Pada
18 HINGGA 20 MAC 2011, DI PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR
JAM 8.30 MALAM

Sutradara
KHUSIARY MAHYUDDIN
Skrip
RAJA AZREY

Pelakon Utama
ANI MAYUNI Sbg SITI ZUBAIDAH
RAJA AZREY sbg SULTAN ZAINAL ABIDIN SHAH
DJ POOL sbg RAJA SILANTRA
AZZA AF sbg PUTERI ZAHARAH
KHATY AZIAN sbg PERMAISURI
EZAD LAZIM sbg BENDAHARA
EIDA MOIN sbg MAK INANG
ABBY SABIHAH sbg NURJANNAH

ARTIS EXTRA-TURN
ROYCE SAAYAN
TOK MOH
CHE MAT RAJA LAWAK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Seruan Kasih Lakonan Eira Syazira

Album Terbaru Jinbara INTERPRETASI MENTAL