in

Teater Bangsawan Mestika Bumi

TEATER BANGSAWAN MESTIKA BUMI akan dipersembahkan pada 20, 21 dan 22 Mei 2011

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengumumkan “Teater Bangsawan Mestika Bumi” akan dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur jam 8.30 malam pada 20, 21 dan 22 Mei 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Teater Bangsawan ini akan dipentaskan oleh Kumpulan Seri Bangsawan Universiti Sains Malaysia dengan penampilan istimewa Prof. Madya A. Rahman Mohamed, YBhg. Dato’ Professor Emeritus Mohamed Ghouse Nusuruddin dan menampilkan penyanyi jemputan seperti Azmeer dan Arja Lee.

Diarahkan oleh Abdul Samat Salleh, antara pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Nurhelmi Othman, Andy Siti Nurhidayah Rahim dan Ali Abd Rahman.

Poster Bangsawan Mestika Bumi

Sinopsis BANGSAWAN MESTIKA BUMI
Cerita ini diambil berdasarkan cerita bangsawan Jula –Juli Bintang 3. Setelah Maharaja Darsa Alam ditabalkan menjadi Raja Kerajaan Zamin Tauran, baginda telah mengadakan lawatan ke wilayah-wilayah pemerintahannya.

Bagi mendampingi hamba rakyat baginda sanggup bermain bersama-sama permainan yang dikenali sebagai Yapolo. Sedang asyik bermain tiba-tiba baginda tertanduk bola hingga jatuh ke dalam tasik.

Baginda sendiri pergi mengambil bola, malangnya cincin Mestika Bumi lambang kekuasaan Kerajaan Zamin Tauran terjatuh ke dalam tasik. Segala hamba rakyat dikerahkan untuk menyelam dan mencari tetapi tidak berjumpa. Baginda tidak mahu pulang ke Istana sekiranya cincin tidak ditemui.

Baginda ditemani Khadam Lapok dan Kering bersama-sama menunggu di tepi tasik. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang cantik jelita keluar dari tasik dan memakai cincin Mestika Bumi. Baginda amat tertarik dan jatuh cinta dengan wanita itu, cincin diserahkan kembali kepada Maharaja Darsa Alam dan berjanji akan mengambil wanita itu sebagai Permaisuri. Wanita jelita memberikan syarat supaya dipatuhi bagi memenuhi permintaan Maharaja, iaitu tidak bertanya siapa namanya, nama bapanya serta dari mana ia datang. Akhirnya mereka berkahwin dan hidup di dalam rukun damai.

Sewaktu acara menabalkan Putera Mahkota baginda berdua, dua orang kampong telah mengadap Maharaja Darsa Alam. Mereka menceritakan telah bergaduh dengan orang luar yang berlagak pahlawan sewaktu berniaga di pasar.

Pergaduhan berpunca apabila orang yang berlagak pahlawan itu bertanyakan tentang nama permaisuri Zamin Tauran. Malang sekali kedua orang kampung itu tidak mengetahui dan berlakulah pergaduhan kerana orang yang bertanya itu mengatakan Maharaja Darsa Alam berkahwin dengan orang yang tidak di ketahui asal usulnya dan berkemungkinan permaisuri itu berketurunan hantu.

Hal ini menjadikan maharaja murka dan sanggup melanggar sumpah kerana mendesak Permaisuri memberi tahu nama yang sebenar dan berasal dari mana. Permaisuri menyempurnakan permintaan Maharaja dan kemudian kembali semula ke kayangan.

Maharaja Darsa Alam merasa bersalah dan cuba menuruti Permaisuri yang bernama Mestika Bumi tetapi gagal. Diakhirnya baginda terserempak dengan seekor gergasi di dalam hutan dan telah disumpah menjadi seekor gergasi.

Setelah berbagai dugaan ditempuhi, genap dua puluh tahun mereka kembali bertemu semula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Firms Up Engine Supplier For The Newly Purchased Airbus A330-200S

Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat