in , ,

Teaser Filem MALBATT: MISI BAKAR Didedahkan Sempena Tahun Baru 2023

Sempena Tahun Baru 2023, ACT 2 Pictures telah mendedahkan teaser trailer filem aksi tentera yang dinantikan, Malbatt: Misi Bakara, yang diarahkan oleh Adrian Teh.

Filem terbaru itu dijadualkan tayangan pada Ogos tahun ini dan dikatakan bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.

Teaser tersebut dimulakan dengan ucapan Selamat Tahun Baru dari pengarah Adrian Teh dan disusuli dengan rakaman dari salah satu babak yang menunjukkan pasukan ATM MALBATT sedang menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui. 

Kamera kemudian membawa penonton melihat situasi didalam kereta perisai dengan suasana tegang terpacar dari wajah anggota tentera. Dipengujung teaser, dipaparkan beberapa helikopter dan kolum kereta perisai sebelum diakhir dengan ayat “berdasarkan kisah benar.”

Butiran lanjut mengenai plot masih belum diketahui, tetapi dilaporkan filem akan datang berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Filem ini akan membawa penonton menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.

Sebelum ini, penggemar filem sudah disajikan dengan filem Hollywood berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, namun filem berdurasi hampir tiga jam itu, hanya sekali dialog ‘Malay Army’ disebut.

Malbatt: Misi Bakara menampilkan pelakon seperti menampilkan Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah and Theebaan G.

Dengan kos pembikinan mencecah RM20 juta, MALBATT: Misi Bakara menjadi filem tempatan paling mahal dengan menggunakan kos tertinggi dalam sejarah.

Menurut pengarah filem aksi tersebut, Andrian Teh, daripada RM20 juta 70 peratus kos digunakan untuk produksi selain menggunakan khidmat barisan pelakon terkenal.

Selain penggambaran di Turki selama tujuh minggu yang memakan kos yang tinggi, faktor mahu menceritakan kisah sebenar antara penyebab ia menelan belanja yang tinggi.

“Naskhah ini menelan belanja yang tinggi kerana uniform tentera dalam filem ini tidak lagi dipakai oleh tentera Malaysia.

“Disebabkan tidak boleh menyewa pakaian tersebut, kami perlu menempah khas dari Indonesia. Selain itu, kami juga perlu membina semula kelengkapan ketenteraan ketika penggambaran di Turki,” ujar Adrian.

Namun, Adrian bersyukur kerana karya diangkat daripada kisah benar itu mendapat kepercayaan pihak penerbit utama Berjaya Pictures, Tan Sri Vincent Tan yang bersetuju untuk melabur tanpa melihat kertas kerja terlebih dahulu.

“Kepercayaan yang diberikan oleh pihak penerbit akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya tahu pihaknya pasti inginkan keuntungan.

Selain Berjaya Pictures, filem ini turut dipersembahkan bersama syarikat penerbitan Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Cara Menggayakan Samsung Galaxy Buds2 Pro Anda Seperti Ikon Fesyen

SAMSUNG

Menghubungkan Inovasi & Kemampanan Fokus Samsung untuk CES 2023