Penyanyi terkenal Taylor Swift telah disaman selepas didakwa menciplak lirik lagu popularnya iaitu Shake It Off daripada seorang penulis lirik Jessie Braham.
BBC News melaporkan Jessie mendakwa Taylor telah mencuri lirik daripada lagu ciptaannya berjudul Haters Gona Hate yang ditulis pada 2013.
Dakwa Jessie lagi, Taylor menggunakan lirik haters gone hater, playas gone play. Watch out for them fakers, they’ll fake you everyday’ sebanyak 70 kali dalam lagu tersebut tanpa kebenaran.
Lagu berkenaan adalah single pertama Taylor menerusi album 1989 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Untuk rekod, lagu berkenaan berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard 100 dan menjadi antara karya popular penyanyi itu.
Dalam pada itu, Jessie meminta RM168 juta (USD$42 juta) sebagai ganti rugi selain namanya diiktiraf sebagai penulis bersama lagu tersebut.