Sony Pictures Entertainment Malaysia telah mengesahkan tarikh tayangan filem terbaru Sony Marvel, Venom: Let There Be Carnage, iaitu pada 11 November ini.
Ini bermakna tarikh tayangan ini diawalkan lebih sebulan dari tarikh tayangan global dan dua minggu lebih awal dari tarikh tayangan asal di Malaysia. Wah! Dah tentu ini satu berita gumbira buat peminat filem Venom!
Trailer VENOM: LET THERE BE CARNAGE
Trailer terbaharu sudah pun disiarkan di saluran Sony Pictures Entertainment. Jom nonton layan dulu trailer kedua ini!
Sinopsis VENOM: LET THERE BE CARNAGE
Lebih dari setahun selepas peristiwa Venom (2018), wartawan penyiasat Eddie Brock berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai hos kepada simbiote asing,
Venom, yang memberikannya kemampuan manusia super yang sangat merbahaya. Brock cuba menghidupkan kembali kariernya dengan menemubual pembunuh bersiri Cletus Kasady, yang menjadi hos Symbiote Carnage dan melarikan diri dari penjara setelah pelaksanaan hukuman mati yang gagal.
Tom hardy kembali ke layar lebar sebagai pelindung maut, Venom, salah satu watak Marvel yang paling hebat dan paling kompleks. Diarahkan oleh Andy Serkis, filem ini turut dibintangi Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang akan memainkan watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage.
Lakon layar ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita oleh Tom Hardy dan Marcel. Hardy turut memjadi penerbit bersama Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker.
Filem VENOM: LET THERE BE CARNAGE akan menggegarkan pawagam mulai 11 November ini.