in , ,

Tayang Kemewahan, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Dedah Cara Mereka Meraih Kekayaan

KEJAYAAN dikecapi pasangan pelakon iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam bidang perniagaan bukanlah melalui jalan mudah seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, mereka juga pernah berdepan kegagalan dalam perniagaan, namun segera bangkit tanpa berputus asa.

“Susahkan nak kurus? Macam itu jugalah dengan kejayaan… bukan hari ini buat esok dah kaya!

“Wawa dan Aeril pun dah bisnes lama… jual baju pernah, jual tudung pernah, jual kanta lekap sehinggalah Wawa Cosmetics sejak 2016. Empat tahun bukan sekejap, pernah jatuh bangun balik!

“Siapa kata Wawa instant kaya? Cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi. Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan team. Syukur!, ” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

wawa

Sementara itu, Aeril pula menerusi akaun miliknya memuat naik foto bersama Wawa beserta kapsyen meluahkan rasa syukur dikurniakan pasangan yang baik.

“Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang sungguh memahami dan sanggup berjuang bersamaku dalam kehidupan di dunia ini.

“Seorang wanita yang bila diberinya rumah, dia akan memberi kehangatan dalam rumah itu.

Foto Sekitar Rumah Mewah Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel!
Keluarga bahagia… Wawa dan suami Aeril Zafrel.

“Jika memberinya beras, dia akan mengembalikan rezeki dan jika memberinya cinta, dia akan memberikan pengabdian seumur hidupnya,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang menasihati Aeril supaya tidak menayangkan kekayaan di laman sosial.

Ini selepas beberapa selebriti dan instafamous dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang h4ram.

Netizen nasihat Aeril Zafrel jangan tunjuk kekayaan di media sosial, takut SPRM cari

Pelakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa.

Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Nak kena panggil SPRM ke?

Tiada rahsia, nak kaya kena ada berkat! Aeril Zafril kongsi tips dia dan isteri dimurahkan rezeki hingga kini

Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi seseorang itu termasuk lah pasangan dua sejoli ini sebelum bergelar jutawan kini. Dilihat semakin hari semakin bahagia, Aeril Zafrel tidak lokek berkongsi ilmu dan pedapatnya tentang rezeki Tuhan.

“Susah macam mana pun laluan hidup berumahtangga ..kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu…” Tulis Aeril di twitter miliknya.

Bercerita pasal rezeki ini telah pun dinyatakan dalam agama kita. Sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab dalam menjaga nafkah zahir mahu pun batin. Apa yang masyarakat kita tahu berkenaan batin adalah hubungan kelamin semata.

RAMAI SALAH FAHAM SOAL NAFKAH BATIN

Sebenarnya, soal nafkah batin ni sangat luas. Ia melibatkan hati dan perasaan isteri juga. Andainya suami dapat buat isteri tersenyum bahagia, itu antara salah satu jalan untuk dimurahkan pintu rezeki.

Cuba bayangkan sekiranya si isteri asyik makan hati dengan suami yang terlalu berkira-kira, sudah pasti rumah tangga tidak akan aman dan perkara ungkit mengungkit akan berlaku. Penyelesaiannya adalah suami perlu berkorban terlebih dahulu.

SUAMI BERTINDAK TERLEBIH DAHULU

Jadikan setiap hari sebagai kisah pasangan bercinta. Kalau di kedai makan, suami bangun lah untuk bayar bil terlebih dahulu. Jarang-jarang sekali cuba buat kejutan dengan hadiahkan coklat cadburry. Biar pun nilai murah, tapi ucapan penghargaan itu melebihi segalanya.

Semoga perkongsian dari Aeril Zafrel ini sedikit sebanyak membuka minda masyarakat kita dalam menghargai seorang isteri. Sedekah yang paling afdal adalah daripada kalangan saudara terdekat bermula orang yang paling rapat hingga lah paling jauh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Miskin Sekarang Dah Kaya, Shuib Dedah Kisah Zaman Gelapnya

Founder Buat Live di Restoran Kena Simbah Air Sirap, Marketing atau Betul Berlaku?