Terdapat begitu banyak pengalaman di Internet yang yang boleh memperkayakan kehidupan orang ramai. Dunia tanpa had MaxisONE bertujuan untuk membolehkan pelanggan menikmati pengalaman ini tanpa gangguan. Hari ini, Maxis mengumumkan pelancaran tiga proposisi yang menyokong ideal berasa bebas di Internet – penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium, kebebasan untuk menikmati hiburan dari peranti anda ke mana-mana TV dengan Google Chromecast, dan berkongsi pengalaman-pengalaman menarik dengan orang lain melalui pelan MaxisONE Share.
“Keutamaan kami adalah untuk memastikan para pelanggan kami mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menikmati semua pengalaman dan manfaat menggunakan Internet pada telefon mereka. Ini mendorong kami untuk bekerja keras untuk membangunkan produk dan kerjasama yang membolehkan fenomena ini untuk berterus. Acara hari ini bukan sekadar pelancaran tiga produk yang sangat menarik, tetapi lebih penting lagi membuktikan bahawa ada banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan peranti anda, dan anda boleh menikmati pelbagai lagi benda menarik di dunia tanpa had MaxisONE,†kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
NIKMATI KEBEBASAN DALAM DUNIA TANPA HAD MAXISONE
• Penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium
• Kerjasama eksklusif dengan Chromecast yang membolehkan pelanggan untuk menikmati kandungan kegemaran anda dari mana-mana peranti Internet kepada mana-mana TV
• Kongsi panggian dan SMS tanpa had dan sebanyak mana pun data dengan sesiapa sahaja, dengan MaxisONE Share
• Sentiasa dapatkan pengalaman yang lebih baik dengan 4G LTE Maxis
Lagu Pilihan Anda, Pada Bila-Bila Masa, Secara Percuma dengan #MusicNow
Dengan #MusicNow, dengarkan lagu pilihan anda, pada bila-bila masa, dengan percuma. Sehingga 31 Julai, kami memberikan pelanggan kami akses percuma dan peluang untuk menikmati penstriman tanpa had bagi muzik kegemaran mereka di Spotify Premium. Tanpa iklan. Tanpa sekatan. Tanpa yuran. Tanpa caj data. Cari dan muat turun lebih 30 juta lagu, dan dengarkan sama ada dalam talian atau luar talian. Anda hanya perlukan pelan MaxisONE atau pelan Internet mudah alih prabayar Hotlink yang memberi data 1GB ke atas.
Nikmati hiburan daripada mana-mana peranti Internet kepada mana-mana TV
Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama untuk memasarkan Chromecast di Malaysia. Dengan Chromecast, kini anda boleh nikmati hiburan tanpa had dari mana-mana peranti Internet kepada mana-mana TV, termasuk saluran YouTube pilihan anda, filem penuh, permainan, video dan gambar. Bayangkan satu peranti ‘Plug & Play’ mudah alih yang boleh anda bawa ke mana sahaja, walaupun apabila anda bergerak. Para pelanggan Pelan MaxisONE boleh mendapatkan Chromecast pada hanya RM150 (harga pasaran RM170). Selamat datang ke cara baru untuk menikmati kandungan di TV!
Terlalu Bagus Untuk Tidak Dikongsi
Jika anda melanggan pelan MaxisONE, kini anda boleh berkongsi panggilan dan SMS tanpa had kepada mana-mana telefon mudah alih atau tetap, dan sebanyak mana pun data dengan orang lain dengan MaxisONE Share. Ia merupakan satu-satunya pelan Share yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had. Jika anda masih belum melanggan pelan MaxisONE, anda hanya perlu mendaftar untuk pelan tersebut dengan data tambahan sebanyak 1GB dan mula berkongsi. Dan anda hanya perlu membayar RM48 sebulan untuk setiap talian. Ia terlalu baik untuk tidak dikongsi!
Pelanggan boleh menikmati pengalaman mudah alih terbaik di dunia tanpa had MaxisONE dengan rangkaian 4G LTE Maxis.
Untuk maklumat lanjut mengenai:
1. Spotify Premium: www.maxis.com.my/spotify
2. Google Chromecast: www.maxis.com.my/chromecast
3. MaxisONE Share: www.maxis.com.my/maxisoneshare