in

Tawaran Hotlink Ramadan SMS Dapat KFC Percuma

TAWARAN ISTIMEWA RAMADAN UNTUK PELANGGAN HOTLINK

Pelanggan menikmati kandungan mudah alih Ramadan yang meluas, lebih masa berbual dan SMS serta KFC percuma

Budiey BlogSempena bulan Ramadan yang mulia, Hotlink (jenama prabayar oleh peneraju penyedia komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad) sukacita menawarkan kepada pelanggannya kandungan mudah alih Ramadan yang luas, lebih masa berbual dan SMS, dan hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC) percuma, yang boleh ditebus di semua cawangan KFC seluruh negara.

Pelanggan-pelanggan Maxis dan Hotlink hanya perlu membeli Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets, terdapat dalam denominasi RM15 dan RM10, untuk menebus tawaran ini.

Fitri Abdullah, Timbalan Presiden Kanan dan Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis berkata, “Kami berbesar hati menyambut bulan Ramadan yang mulia bersama pelanggan kami yang beragama Islam dan dapat menjadi sebahagian dari perjalanan mereka sepanjang bulan puasa ini dengan kandungan mudah alih yang dicipta khusus untuk membantu mereka mengakses maklumat seperti waktu solat harian dan juga waktu imsak dan berbuka puasa.

“Sebagai tambahan, Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets menawarkan lebih masa berbual dan SMS supaya pelanggan kami dapat berhubung dengan yang tersayang sama ada jauh atau dekat. Sebagai contoh, Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets yang bernilai RM15 memberikan pelanggan 120 minit masa berbual dan 300 SMS bernilai RM60.

Akhirnya, kami gembira menawarkan secara percuma hidangan dua ketul ayam KFC untuk mereka berbuka puasa. Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets telah dicipta untuk pelanggan kami yang beragama Islam, walaubagaimanapun kami jangkakan ianya akan juga menjadi tarikan untuk pelanggan kami yang lain.”

Kandungan mudah alih Ramadan, seperti waktu solat dan waktu berbuka puasa, adalah dimulakan secara otomatik apabila Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets itu diaktifkan. Jika perkhidmatan ini tidak diperlukan, pelanggan hanya perlu menaip “Stop BP” dan hantar ke 22558.

Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets boleh didapati mulai hari ini di semua pusat Maxis, Rakanniaga Eksklusif dan Pengedar-pengedar Maxis, dan Pengedar-pengedar Hotlink di Lembah Kelang. Ia boleh didapati diseluruh negara sepanjang Ramadan dan Syawal.

Sementara itu, Afiz Abdullah, Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Rumah, menambah: “Ketika lebih ramai rakyat Malaysia mendakap pengalaman baru melalui telefon mudah alih mereka, kami terus menghubungi mereka dalam cara yang lebih peribadi kepada mereka.

Maxis
Imej Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets

Oleh itu, kami gembira menyediakan tapak-mikro WAP yang unik yang dipanggil Ramadan di Portal WAP Maxis di mana pelanggan boleh melanggan atau memuat turun kandungan Ramadan melalui telefon mudah alih mereka.”

Tapak WAP Ramadan menawarkan pilihan kandungan mudah alih yang luas seperti SMS ALERTS untuk waktu Buka Puasa (waktu Imsak dan berbuka puasa secara percuma), Fadhilat Ramadan (Tazkirah harian sebagai peringatan untuk renungan sepanjang Ramadan) dan waktu Solat.

Pelanggan juga boleh melanggan MMS ALERTS seperti Santapan Rohani (Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang dihantar setiap hari) atau Zikir (Bacaan Zikir kontemporari melalui MMS). Sebagai tambahan, kertas hiasan dinding, nada sebenar (“true tunes”) dan ucapan-ucapan melalui MMS secara percuma juga tersedia.

Pelanggan-pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mengakses laman WAP Ramadan dengan hanya menaip ‘GET RA’ di telefon mudah alih mereka dan hantarkan ke 26000. Tapak WAP Ramadan akan dihubungkan ke telefon mudah alih mereka dan pelanggan hanya perlu klik pada hubungan itu untuk mengakses portal WAP Ramadan.

Untuk maklumat lanjut berhubung inisiatif ini, sila lawati www.hotlink.com.my

Nota untuk Pengarang: Imej-imej berikut disertakan bersama siaran akhbar ini:

Maxis
Fitri Abdullah (Kanan) dan Afiz Abdullah (Kiri) dari Maxis dengan Hotlink Ramadan-Raya Hot Tickets yang menyediakan lebih nilai untuk pelanggan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Mengenai Hotlink
Hotlink adalah jenama prabayar Maxis Berhad. Dilancarkan pada 1999, Hotlink menjadi jenama prabayar terulung dalam tempuh setahun ianya dilancarkan, dan telah memegang posisi utama dalam pasaran sejak itu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hotlink.com.my

Mengenai Maxis Berhad
Maxis Berhad bersama anak syarikat-anak syarikatnya yang dihimpunkan (bersama, ‘Maxis’) adalah peneraju penyedia komunikasi bersepadu di Malaysia dengan 12.7 juta langganan mudah alih setakat 31 Mac 2010. Sejak 1995, perniagaan Maxis di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan komunikasi penuh di atas pelbagai landasan untuk memenuhi keperluan penggunaan individu, perniagaan kecil dan sederhana, dan syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Maxis telah merintis dan menerajui pasaran Malaysia dalam menyediakan produk-produk dan perkhidmatan mudah alih yang inovatif. Ia yang pertama melancarkan perkhidmatan 3G, Maxis3G, pada Mac 2005. Pada September 2006 ia di antara yang pertama di dunia menggunakan HSDPA, menaik-taraf rangkaian 3G berkelajuan tinggi. Pada Disember 2009 ia yang pertama memperkenalkan HSPA+, kemajuan terkini bagi kemampuan rangkaian 3G/HSPA, untuk semakin menambahbaik perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar. Ia adalah juga penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang pertama membawa telefon pintar BlackBerry™ dan Apple iPhone™ ke Malaysia. Pada April 2009, syarikat membuka tirai perkhidmatan komunikasi hampir lapangan yang pertama di dunia, yang membolehkan pelanggan menggunakan telefon mereka untuk transaksi lambai dan bayar.

Pertumbuhan dan rekod Maxis yang kukuh dalam membolehkan inovasi, pengalaman pelanggan yang cemerlang dan nilai bagi pihak-pihak berkepentingan telah membuatkan syarikat memenangi berbagai anugerah sejak bertahun-tahun termasuk anugerah Pengendali Mudah Alih Asia oleh Asian Mobile News pada 2008 dan Penyedia Perkhidmatan Data Mudah Alih (Malaysia) oleh Frost & Sullivan pada 2009. Maxis Berhad disenaraikan pada akhir 2009 dalam Tawaran Awam Awal (IPO) yang berjaya, yang ditarafkan sebagai yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, meraih RM11.2 bilion. IPO itu telah dianugerahkan Urusniaga Tahun 2009 oleh Finance Asia.

Visi Maxis adalah untuk membawa perkhidmatan komunikasi terkini untuk memperkayakan kehidupan dan perniagaan pelanggan-pelanggannya, dalam cara yang ringkas dan peribadi, secara cekap dan kreatif memanfaatkan teknologi terkini, dan menyampaikan jenama pengalaman perkhidmatan yang boleh dipercayai dan mempersona/memikat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arill Idola Kecil Tampil Single Duh Aduh

Promosi Hari Raya Aidilfitri LG Ganjaran Menarik