Dalam kehidupan yang semakin sibuk ni, ramai dari kita, termasuklah Budiey sendiri, perlukan bantuan tambahan untuk handle kerja rumah. Ya… betul tu, banyak benda nak kena uruskan. Jadi, kalau nak cari pembantu rumah, penting la buat survey dulu.
Jangan pakai redah je sebab pembantu rumah kena cari yang betul-betul bagus dan berdisiplin. Kalau tidak, akan ada kejadian seperti yang berlaku dekat Datin Elvina di mana pembantu rumahnya curi habis wang tunai dan cabut lari.
Selepas pertemuan pertama, Budiey telah pun mengadakan pertemuan kedua dengan sebuah agensi pembantu rumah iaitu Agensi Pekerjaan Mindanao sebab khabarnya agensi ini ada tawaran istimewa sempena bulan Ramadan.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tawaran dan promosi terbaru untuk dapatkan pembantu rumah yang boleh dipercayai, tengoklah video kat bawah ni.
Latar Belakang Syarikat:
Melalui info yang Budiey selidik, agensi ini terbukti berjaya memenuhi dan menepati pelbagai jenis keperluan domestik.
Agensi Pekerjaan Mindanao Sdn Bhd (Lesen JTKSM no. 1332) merupakan sebuah syarikat pembekalan pekerja domestik khususnya pembantu rumah terbaik di Malaysia.
Agensi ini sememangnya pakar dalam menyediakan pembantu rumah berkaliber dan berkemahiran tinggi terutamanya dari Filipina. Ditubuhkan pada 2023, agensi ini berkhidmat sebagai penghubung di antara majikan dan pembantu rumah.
Agensi Pekerjaan Mindanao membekalkan perkhidmatan seperti berikut:
- Pembantu rumah bermutu tinggi dari Filipina, Indonesia & Sri Lanka
- Pembaharuan paspot Filipina, Indonesia dan Sri Lanka & permit bekerja
- Pemprosesan kedutaan DWM (Pembaharuan kontrak)
- Perkhidmatan sesi kaunseling secara percuma selama 24 bulan kepada pembantu rumah
- Permohonan dan pembatalan permit bekerja
- Orientasi dan latihan bagi pembantu rumah baru secara in-house
- Pengenalan dan latihan menyeluruh sebagai pembantu rumah di Malaysia
- Kiriman gaji bagi pembantu rumah anda
- Penyediaan semua keperluan memo untuk pembantu rumah yang akan sampai dan berlepas
- Pembelian insuran
- Pemeriksaan medikal (FOMEMA)
- Pembaharuan permit kerja untuk pembantu rumah asing
- Tempahan dan pembelian tiket penerbangan
Berikut adalah proses & procedure untuk pemilihan pembantu rumah:
1) Proses bermula dengan pemilihan pembantu rumah berdasarkan penelitian bakal majikan kepada biodata dan profile pekerja yang diberikan.
2) Kemudiaan bakal majikan akan menemuduga pembantu rumah secara dalam talian dan sekiranya majikan sudah melakukan pemilihan pembantu rumah yang dikehendaki, mereka boleh terus buat bayaran yuran tempahan sebanyak RM500 sahaja.
3) Kemudiaan majikan akan beri semua dokumen kewangan yang diperlukan seperti slip gaji, statement EPF, borang EA dan resit income tax, akaun bank statement, gambar passport dan lain-lain lagi seperti yang dikemukakan dalam requirements atas.
4) Pejabat agensi pembantu rumah Mindanao akan melakukan analisa dari situ majikan layak atau tidak mengambil pembantu rumah. Majikan akan mengisi borang permohonan pembantu rumah dan menandatangani kontrak pengambilan pembantu rumah dan dokumentasi yang diperlukan oleh Pejabat Imigresen Malaysia.
5) Kemudiaan pihak Mindanao akan teruskan dengan proces untuk buat Calling Visa dari Pejabat Kedutaan (process ini ambik masa 1-3 minggu).
6) Seterusnya diteruskan dengan pelbagai prosedur mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pejabat kedutaan dan Immigresen.
Kepada anda yang sedang mencari pembantu rumah, bolehlah menghubungi:
No. 6-3-2, Sinaran TTDI Shop Office,
Jalan Tun Mohd Fuad 3,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KEPADA ANDA YANG SEDANG MENCARI PEMBANTU RUMAH, BOLEHLAH MENGHUBUNGI SALAH SATU NOMBOR DI BAWAH INI:
+603-2336 2199
+6017-680 4822
+6011-2599 7422
+60 14-282 7674
+60 14-202 8772
Layari: www.mindanao.com.my