Tahun ini, Lazada 11.11 Super Show bakal bersiaran langsung pada 10 November 2021 dari Putra Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3, saluran Youtube TV3Malaysia dan saluran penstriman langsung dalam aplikasi LazLive. Sama-sama kita kira turun ke tarikh keramat Jualan Sehari Terbesar Lazada!
Lazada 11.11 Super Show akan dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sean Lee dengan persembahan nyanyian menarik daripada Kumpulan K-Pop Seventeen, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Usop.
Edisi tahun ini akan menyaksikan persaingan antara dua pasukan iaitu pasukan biru (Team Blue) dan pasukan pink (Team Pink) untuk memberikan persembahan terbaik menerusi siri permainan, nyanyian, sketsa dan juga pelbagai cabaran yang menarik!
Pasukan manakah yang bakal menang dan berpeluang memenangi Super Voucher di penghujung program nanti? Adakah pasukan biru yang diketuai oleh Ain Edruce bersama-sama dengan Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Neeta Manis atau pasukan pink yang dipimpin oleh Sissy Imann serta dianggotai oleh Nora Danish, Luqman Faiz dan Usop?
Pelbagai tawaran harga hebat dan baucar eksklusif berjumlah RM40,000 serta tiga buah kereta akan menjadi rebutan para penonton sepanjang berlangsungnya siaran Lazada 11.11 Super Show. Senarai jenama yang menyertai rancangan ini dan menampilkan tawaran terhebat ialah CARLO RINO, REALME, POCO, TEFAL, PUMA, PEDIASURE, NIVEA, LEGO, OSIM dan RALPH LAUREN.
Lazada 11.11 adalah acara Jualan Sehari Terbesar Lazada yang menawarkan diskaun sehingga 70% dengan jaminan harga terendah berserta penghantaran percuma*. Layari www.lazada.com.my serta laman media sosial untuk dapatkan informasi lanjut tentang Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale dan Lazada 11.11 Super Show! Gunakan tanda pagar #LazadaSuperShowMY, #LazadaBiggestOneDaySale dan #JualanSehariTerbesarLazada untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.
*Tertakluk pada terma dan syarat