Nampaknya sekarang ini netizen masih lagi heboh memperkatakan tentang isu siapakah pelawak yang dikaitkan dengan kes pemerdagangan manusia di media sosial. Terkini, Tauke Jambu menitipkan pesanan buat orang ramai khususnya media tempatan dan blogger di Instagramnya.
Jangan Seronok Mengaibkan Orang
Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menjelaskan agar orang ramai tidak menunding jari, mengaibkan orang, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah seseorang sesuka hati dan menganggap perbuatan tersebut adalah mulia.
Guna Pen Untuk Sebar Kebenaran
Tauke Jambu juga turut meluahkan agar para media memberi hebahan yang betul, dan menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk membetulkan serta menghebahkan berita yang benar dan bukan membuka ruang untuk menambah dosa.
“Kepada media blogger/wartawan.. Pen yang anda pegang adalah amanah untuk membetulkan dan menghebahkan kebenaran, bukan ruang menambah dosa.
Anda juga menjadi suis buka ruang dosa orang lain. Jadilah imam kepada mereka, bukan dajal kepada mereka.”
– Tauke Jambu
Tauke Jambu Serahkan Pada Peguam
Di ruangan komen Instagram pelawak ini, ada menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai kes yang tular tersebut.
Tauke memberi maklum balas dengan menyatakan, bahawa segala urusan berkaitan dengan kes yang tular itu telah diserahkan kepada peguamnya.
Tauke Jambu Bakal Adakan Sidang Media
Pelawak Tauke Jambu akui kecewa apabila terus dikaitkan oleh netizen dengan berita mengenai pelawak terkenal yang ditahan terbabit kegiatan pemerdagangan manusia.
Tauke berkata dia turut hairan adakah tindakan mencemarkan maruah, mengumpat dan memfitnah dianggap mulia dalam kalangan masyarakat hari ini.
Tauke dikhabarkan akan mengadakan sidang media dalam terdekat bagi membersihkan semula nama dan imejnya.
Tauke turut berkongsikan bahawa dia dihubungi beberapa peguam namun tidak dijelaskan atas tujuan apa.
“Wah ramai lawyer call aku ni.. Alhamdulillah,”
– Tauke Jambu
Terdahulu, Tauke menafikan dia adalah pelawak yang ditahan polis. Tegas Tauke lagi, dia tidak kaitan dengan penangkapan itu.