Terbaharu, penyanyi Adibah Noor ditegur oleh netizen didakwa tidak sensitif dengan isu semasa kerana memuatnaik status berhubung rakyat Malaysia bangga menjadi negara kedua cyber bully dan sepakat menentang troll zionis. Sedangkan negara sendiri ada masalah berkaitan Orang Asli Mah Meri. Ini respon Adibah Noor sendiri.
Status ini mengundang kecaman
Sebelum ini, Adibah Noor memuat naik satu tweet melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan menggesa Orang Asli Mah Meri yang terpaksa keluar dan kosongkan penempatan mereka. Menurut laporan The Malaysian Insight, kawasan penempatan Kampung Orang Asli Bagan Lalang itu bakal dijadikan sebahagian daripada destinasi pelancongan masa depan di bawah projek pembangunan Sepang GoldCoast, kata Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).
Susulan itu, dalam tweet berkenaan, Adibah Noor seolah-olah memerli rakyat yang bangga menjadi siber buli dan ‘troll’ Israel namun tidak menegakkan hak orang sendiri merujuk kepada isu Orang Asli Mah Meri yang sedang hadapi masalah.
Namun bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan status yang dimuat naik penyanyi itu.
‘Saya dah padam’
Walau bagaimanapun, status berkenaan menjadi salah faham orang ramai mendakwa kononnya Adibah Noor tidak prihatin terhadap isu semasa yang menjadi perhatian dunia. Susulan itu, Adibah Noor mengambil keputusan untuk memadam status berkenaan dan memohon maaf kerana tindakannya telah menyinggung perasaan ramai pihak.
Sumber: Adibah Noor