Saluran gaya hidup, Astro Bella membawakan sebuah lagi program menarik untuk tontonan penonton di rumah menerusi “Taste Selebriti”. Program berkonsepkan food-travelogue ini menampilkan 13 selebriti popular tahah air yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkongsi makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka.
Akan mula bersiaran di Astro Bella, saluran 133 dan Astro Mustika HD, saluran 134 mulai 26 September ini, setiap Isnin, jam 9.00 malam, Taste Selebriti menjanjikan pengembaraan makanan menarik yang pastinya membuatkan penonton teruja terutamanya apabila melihat gelagat para selebriti menikmati juadah-juadah istimewa ini.
13 Selebriti Popular Berkongsi Selera di Kampung Halaman Dalam “Taste Selebriti”
[dropcap]A[/dropcap]ntara selebriti yang akan muncul dalam program 13 episod ini adalah Neelofa (Kelantan), Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak).
[pullquote align=”right”]Setiap episod akan memaparkan tiga ke empat jenis hidangan menarik di samping tips-tips mengenai tempat-tempat makan hebat di sekitar negeri kelahiran selebriti ini sendiri.[/pullquote]
Selebriti tersebut akan turut bertindak sebagai hos untuk mengemudi episod yang didedikasikan khas buat mereka ini.
Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata
“Semua sedia maklum, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang seringkali menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Oleh sebab itu, kami tampil dengan idea menghasilkan “Taste Selebriti” yang mana rancangan ini membawa penonton mengenali dengan lebih dekat lagi makanan-makanan tradisi dan unik yang cukup menarik dari setiap negeri di seluruh Malaysia.
Sebagai sebuah saluran gaya hidup (lifestyle) dan bagi memainkan peranan kami selaku peneraju kandungan media tanah air, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk turut memperkenalkan makanan warisan tempatan kepada semua agar kewujudan juadah ini tidak dimamah usia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
TASTE SELEBRITI Bawa Penonton Terokai Tempat-Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia
Antara juadah dan tempat makan popular yang menjadi pilihan dalam rancangan ini adalah hidangan Pais Tempoyak Ikan Patin di Restoran Mabiq (Episod Pahang), Asam Pedas Tetel di Claypot Nyonya (Episod Melaka), Lontong Power di Klang (Episod Selangor) dan banyak lagi menu yang pastinya membuka selera penonton Taste Selebriti.
Konsep satu episod satu selebriti juga merupakan daya tarikan utama untuk program ini. Tambah Natasha lagi, pemilihan selebriti berdasarkan kampung halaman masing-masing juga merupakan kelainan yang cuba ditampilkan oleh Taste Selebriti.
“Kami mahu peminat mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat lagi, dan makanan merupakan komponen paling relevan yang boleh kami tampilkan untuk memenangi hati para penonton. Pastinya, penonton akan teruja melihat para selebriti menikmati juadah kegemaran tradisi masing-masing dan dalam masa yang sama, penonton dapat mengetahui di manakah lokasi makanan menarik sekiranya mereka berkunjung ke negeri terbabit kelak”.
“Program Taste Selebriti ini secara tidak langsung turut membantu mempromosikan lokasi-lokasi terbaik yang boleh dilawati pengunjung sebagai sebahagian dari aktiviti pelancongan mereka. Tambahan lagi, kolaborasi yang terjalin di antara Astro Bella dan Tourism Malaysia ini turut memudahkan kami untuk merealisasikan program ini.
Kami mahu program ini menjadi rujukan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi elemen informatif yang cuba kami sampaikan. Ramai di antara kita tidak tahu akan kewujudan juadah-juadah unik ini, justeru itu Taste Selebriti boleh diandaikan sebagai satu platform yang boleh diguna pakai untuk mempromosikan sektor pelancongan negara”, ulas Natasha lagi.
Jangan lupa saksikan episod pertama Taste Selebriti di mana pelakon popular, Fattah Amin akan membuka tirai dengan episod yang menampilkan makanan tradisi negeri Selangor mulai 26 September 2016, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD.