Setelah percubaan memperjuangkan lagu ciptaan sendiri berhasil, sehingga melayakkan Tasha Manshahar & Syed Shamin ke calon akhir 5 yang popular ABP tahun lalu kategori – Duo Berkumpulan Popular.
Kini Tasya muncul dengan single terbaru. Ini merupakan kali pertama Tasha menyanyikan lagu yang dicipta oleh komposer lain. Sebelum ini Tasha dikenali melalui lagu duet Be Mine, Cuba Teka dan Selamat Ulang Tahun Cinta di mana kesemua lagu – lagu ini ciptaan Tasha sendiri sepenuhnya.
Terima Kasih Cinta – lagu yang sedang popular di semua radio tanah air, secara tidak langsung membuat nama Tasha semakin dikenali. Dikala pertama kali menerima lagu ini Tasha merasa agak kekok kerana sebelum ini tidak pernah menyanyikan lagu ciptaan orang lain untuk dirakamkan secara komersial. Tetapi setelah mendengar melodi lagu tersebut ditambah dengan liriknya yang menarik keterujaan mula timbul terhadap lagu ini kerana lagu yang di cipta oleh DJ Fuzz ini menepati citarasa dan sinonim dengan genre muzik yang Tasha bawakan sebelum ini.
Menurut DJ Fuzz yang secara tidak sengaja mencipta melodi Terima Kasih Cinta sewaktu bersama anaknya, telah menyusun semula lagu ini supaya bersesuaian dengan karektor genre muzik yang tasha bawakan. Dan melengkapkan lagi lagu ini apabila RJ turut serta di dalam lagu ini dan menulis lirik khusus untuk bahgian rap sahaja.
Menurut Tasha, lirik Terima Kasih Cinta adalah luahan penghargaan untuk semua yang pernah berjasa dalam hidup . Dan lirik nya bukanlah khusus untuk pasangan bercinta, malah maksud CINTA di dalam lagu ini amat meluas ertinya.