in

Tasha Manshahar Kini Duta Produk Shopie Secret & Beauty

[dropcap]S[/dropcap]elain Sidang media dan pelancaran single Be- Mine dan Cuba Teka, turut diadakan majlis perlantikan Tasha Manshahar selaku Duta produk SHOPIE SECRET AND BEAUTY Keluaran Syarikat Health and Beauty Boutique yang dimiliki oleh puan Sharifah Shopie.

Tasha Manshahar

Tahniah buat Tasha Manshahar!

Tasha Manshahar (Nur Nadia Natasha Bte Mohd Manshahar – 21) dan Syed Shamim (Syed Shamim B Syed Abdul Kadir – 20) merupakan pasangan duo di youtube yang pertama di Malaysia. Bermula dengan hobi dan sekadar untuk tontotan rakan – rakan terdekat, lagu Mr.Saxobeat dan Be Mine versi solo mendapat sambutan hangat sehingga mencecah seramai 40,000 penonton dalam masa 4 hari sewaktu mula di muat turun di Youtube. Dan sehingga kini telah mencecah lebih 1 juta penonton.

Mereka yang masih menuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras – Tasha (major in English) dan Syed Shamim (Major in Music) kini sibuk membahagikan masa setelah rutin dalam kehidupan seharian mereka bertambah. Walaupun mendapat sokongan dari keluarga masing-masing, namun mereka masih terikat dengan syarat sebagai seorang pelajar yang harus menumpumkan pada pelajaran dahulu sebelum muzik dan nyanyian.

Tasha mengakui beliau tidak menyangka secepat ini lagu ciptaannya Be Mine dikenali, beliau bersyukur kerana dikurniakan ruang dan rezeki untuk memeriahkan industri muzik tempatan. Ditanya tetang konsep duet yang dibawakan, Tasha dan Syed Shamim menyatakan bahawa mereka sengaja mahu mencipta satu kelainan dalam persekitaran muzik di youtube yang sebelum ini dipelopori secara solo.

Seiring dengan cita- cita sebagai seorang pendidik selain penyanyi, Tasha juga turut menerapkan konsep muzik dan nyanyian dalam sistem pembelajaran sewaktu praktikal – mengajar dan menyampai dalam bentuk nyanyian dan muzik agar lebih mudah di fahami oleh pelajar selaian menarik lebih minat untuk kanak – kanak belajar terutama dalam subjek bahasa Inggeris

Be Mine lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tasha Manshahar, semakin dikenali dan mendapat perhatian dari ramai pihak termasuk rangkaian telekomunikasi Maxis, Celcom dan Digi selain kerap dikeudarakan di radio swasta mahupun radio RTM. Memandangkan gaya penerimaan muzik kini lebih ke arah Digital, FMC Music mengambil pendekatan untuk mempromosikan single Be Mine dan single ke – 2 Cuba Teka lebih ke arah digital dan laman sosial disamping memasarkan secara fizikal – CD

Setelah single pertama – Be Mine menampakkan hasil yang positif, kini Tasha dan Syed Shamim mempertaruhkan single Duet ke – 2 berjudul Cuba Teka yang juga ciptaan Tasha Manshahar sepenuhnya. Diharap single ke – 2 ini dapat diterima seperti Be Mine. Jika segalanya berjalan lancar di sini (Malaysia), FMC Music bercadang mahu memasarkan ke dua buah lagu (Be Mine dan Cuba Teka) ke negara jiran Indonesia.

Tasha Manshahar

Tasha Manshahar

Tasha Manshahar

Tasha Manshahar

Tasha Manshahar

Tasha Manshahar

Tasha Manshahar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Penerbit Raja Azmi Disamun

Drama Rantai Kunci Reban Ayam Lakonan Bill Azali & Shiha Mentor