Pelawak dan usahawan, Shuib meneruskan tuntutan saman terhadap individu bernama Md. Johan Dihani Mohd. Zaidi biarpun lelaki itu menafikan perbuatan menyebarkan fitnah mengaitkannya dengan Freemason.
Memetik Kosmo, menurut Shuib, peguamnya sudah menerima surat daripada peguamcara lelaki tersebut pada 10 Julai lalu yang bertindak menarik balik permohonan maaf kepadanya.
Penyampai radio itu menghantar saman kepada peguamcara pengguna akaun Facebook @Johndihani itu menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin, semalam.
Shuib turut menegaskan sudah bersedia ‘turun naik’ mahkamah demi mendapatkan keadilan berdepan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya serta Allahyarham isteri, Siti Sarah Raissuddin.
“Jika ada yang kata leceh mahu naik turun mahkamah, hakikatnya saya sudah bersedia untuk proses berkenaan. Saya tahu benda begini memakan tempoh panjang tapi demi dia, saya okey. Saya akan adakan masa untuk dia,â€
– Shuib
Terdahulu, Shuib mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduhnya ahli organisasi Freemasonserta didakwa sengaja membiarkan Siti Sarah ditidurkan sebelum meninggal dunia.