Dengan tamatnya tempoh penyekatan atau lockdown dan pembukaan semula ekonomi kreatif Malaysia, dua agensi kreatif terkenal iaitu Senilab & 33.3™ telah berkolaborasi bersama Pusaka dan Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja untuk mempersembahkan secara fizikal pertunjukan cahaya yang dinamakan CAHAYA 004 – KITAB BASAH.
CAHAYA 004 – KITAB BASAH
Dijadualkan menemui penonton pada bulan Disember ini, ia dijangka menjadi tarikan utama dalam jadual program yang bakal berlangsung di Publika bulan hadapan. Ia bakal berlangsung dari 18 sehingga 31 Disember 2021 di Black Box dan G3, West Entrance Black Bridge, kedua-duanya terletak di Publika Kuala Lumpur. CAHAYA 004 – KITAB BASAH merupakan kesinambungan dari persembahan bersiri CAHAYA anjuran Senilab. Setelah menerima sambutan yang menggalakkan untuk persembahan-persembahan yang lalu, siri ini kembali lagi dengan persembahan mereka yang keempat. Sebelum ini, siri tersebut telah dijayakan di beberapa acara seni utama di Lembah Klang, seperti Festival Urbanscapes (2018), Sabdha Series (2019), Cahaya X Against Lab Urbanscapes (2019) dan Future Rising KL with Shelhiel (2019).
Siri CAHAYA menampilkan penerokaan konsep cahaya melalui penggunaan medium tersebut sebagai faktor visual serta alat yang boleh membentuk, mentakrif semula dan mengubah sesebuah ruang. “CAHAYA merupakan satu eksplorasi yang menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai alam dan persekitaran kita. Kami mengambil konsep ini dan mengolah interaksi yang berlaku, justeru penghasilan konten ini membolehkan kita untuk menghayati, bereksperimen dan menjalinkan hubungan alternatif yang mungkin tidak pernah wujud sebelum ini dan menjadikan kita lebih faham dengan maksud sebenar ‘Cahaya’, yang ada kalanya tidak langsung diberi perhatian,†ujar Taufiq Kamal dari Senilab.
CAHAYA bercita-cita untuk menggunakan medium yang bukan tradisional secara kreatif terutamanya bagi seni persembahan. Ia turut beraspirasi untuk menerokai hubungkait di antara kesenian moden dan tradisional serta membuktikan yang kedua-duanya sebenarnya serasi untuk digabungkan bersama. Berpegang kepada pandangan ini, kumpulan tarian Kuda Kepang dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja telah dijemput khas untuk membuat persembahan di dalam CAHAYA 004 – KITAB BASAH.
Taufiq berkata, “Misi utama bagi CAHAYA 004 – KITAB BASAH adalah untuk mengekalkan warisan tradisi, sejarah dan budaya tempatan melalui tafsiran sonik dan visual kami. Ini adalah cara kami menarik perhatian golongan muda supaya mereka lebih prihatin terhadap kepelbagaian budaya yang kaya di Malaysia, terutamanya kepada amalan seni yang semakin dilupakan. Menerusi gabungan persembahan Kuda Kepang yang tak lapuk ditelan zaman bersama interpretasi unik kami yang menampilkan bunyi-bunyian moden dan persembahan cahaya, kami berharap usaha ini dapat melahirkan sesuatu yang bukan sahaja sukar dilupakan, namun dapat mengilhamkan inspirasi kepada generasi baru dan pihak-pihak yang relevan agar mereka sedar peri pentingnya untuk kita mengekalkan warisan seni dan budaya tempatan.â€
Dalam konteks persembahan, CAHAYA 004 – KITAB BASAH ingin menonjolkan tarikan enigma Kuda Kepang yang mewakili kekuatan, ketangkasan dan keanggunan menerusi pergerakan tarian yang ditonjolkan oleh penari-penari Kuda Kepang itu sendiri. Menurut Zulamran Hilmi, kurator bagi acara ini yang mewakili agensi 33.3™, “Anda hendaklah menonton persembahan ini dengan hati dan minda yang terbuka. CAHAYA 004 – KITAB telah direka secara spesifik supaya penonton-penonton dapat menghayati dan menyelami persembahan ini sepenuhnya. Seperti penari Kuda Kepang yang bagaikan disentuh oleh ‘isim’ atau semangat lain ketika mereka menari, penonton-penonton juga perlu membuka hati dan minda mereka kepada perubahan yang mungkin mereka dapat rasakan selepas menonton persembahan ini.â€
“Penyertaan kumpulan Kuda Kepang Parit Raja di dalam CAHAYA 004 – KITAB BASAH ini menjadi realiti melalui bantuan Pusaka, yang merupakan penggerak utama di dalam gerakan seni tradisional di Malaysia. Pauline Fan dari Pusaka menyatakan bahawa persembahan Kuda Kepang yang bakal berlangsung Disember ini akan menerokai dunia ghaib – kerana pengalaman tersebut adalah seakan-akan pengembaraan singkat ke dunia kayangan, yang sering diperkatakan di dalam mitos, imaginasi dan mimpi kita. Di sini, ‘bayangan diri’ yang terjadi ketika kita tidak sedar akan menjelma dan bakal diluahkan melalui sentuhan ‘isim’ di dalam ruang ritual yang terkawal.†Bersetuju dengan kenyataan Zulamran yang terdahulu, Pauline telah menambah, “Para penonton bukan sahaja mempunyai peranan sebagai pemerhati persembahan tetapi juga memainkan peranan yang penting di dalam persembahan ini, kerana kehadiran dunia ghaib hanya dapat disahkan jika ianya dapat ‘dilihat’ melalui mata kita sendiri. Alam apa yang kita saksikan ketika menonton tarian Kuda Kepang? Adakah ianya alam nyata atau tidak nyata atau alam pertengahan yang menghubungkan kedua-duanya sekali? Penceritaan kami ini mengalir seakan air, dan dibentuk mengikut pemahaman subjektif sesiapa yang menontonnya. Itulah sebab kenapa persembahan ini dinamakan KITAB BASAH.â€
Persembahan Kuda Kepang ini akan berlangsung pada 18 Disember 2021 di Black Box Publika, jam 2 petang dan 8 malam. Tiga DJ yang berbakat daripada Kuala Lumpur Taufiq, Zulamran dan juga Shfq akan turut memeriahkan acara ini. Instalasi cahaya dan seni pula akan dipamerkan di G3, West Entrance Black Bridge, dari 19 Disember sehingga 31 Disember 2021. Taufiq dan pasukan beliau akan memastikan semua yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penggunaan pelitup muka, amalan sanitasi tangan dan pengambilan suhu akan dikuatkuasakan untuk semua pengunjung yang memasuki ruang persembahan semasa acara ini berlangsung.
Acara ini juga hanya dibuka kepada pengunjung-pengunjung yang mempunyai vaksinasi lengkap. Acara ini turut disokong oleh MyCreative Ventures, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan melalui inisiatif Penjana yang bertujuan untuk menghidupkan kembali ekonomi kreatif Malaysia. “Kami berharap CAHAYA 004 – KITAB BASAH akan diterima secara positif bukan sahaja oleh komuniti seni, tetapi juga oleh orang awam yang hadir. Ini merupakan hasil titik peluh kami setelah hampir dua tahun tidak dapat menganjurkan apa-apa acara kreatif secara fizikal akibat pandemik. Sokongan anda sangat kami hargai†kata Taufiq.
Untuk maklumat lanjut layari www.projectcahaya.com. Untuk berita semasa dan terkini, ikuti CAHAYA di media sosial (Instagram dan Facebook) melalui @PROJECTCAHAYA.
Kemasukan ke CAHAYA 004 – KITAB BASAH adalah PERCUMA dan acara ini hanya terbuka kepada individu-individu yang mematuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.