in

Drama Bersiri Islamik TARBIAH CINTA Lakonan Memey Suhaiza & Arja Lee

Berkongsi memaparkan kisah seorang wanita bernama Doktor Imani yang jatuh cinta kepada seorang lelaki yang ditemuinya dalam majlis usrah dan adakah jodoh di antara mereka? Kisah menarik ini mengisi slot Murni bertajuk “Tarbiah Cinta” yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi TV1.

Dibintangi pelakon Memey Suhaiza, Arja Lee, Naufal Hatta, Beego, Azhar Sulaiman, Julia Ziegler, Zaibo, Aida Khalida, dan Catriona Ross, drama 26 episod arahan Hazali Hj Ramli ini sarat dengan kisah percintaan bersandarkan keimanan yang boleh dijadikan teladan masyarakat terutama golongan remaja.

Drama bersiri Tarbiah Cinta di TV1

Drama Bersiri Islamik, “Tarbiah Cinta” Temukan Memey Suhaiza, Naufal Hatta dan Arja Lee Di TV1

‘Tarbiah Cinta’ memaparkan Imani seorang doktor menyertai majlis usrah yang membawanya ke khemah di sebuah hutan yang dipinggir pantai. Imani sering bermimpikan seorang lelaki menaiki kuda dan membaca al quran dengan suara yang lunak. Tiba-tiba Imani terkejut melihat orang yang dalam mimpinya itu adalah Umar juga peserta usrah dan seorang pakar sakit jiwa. Imani meminta bantuan rakannya Rohaya menemukan mereka. Selepas pertemuan itu perasaan cinta mula terjalin antara mereka berdua.

Dalam pada itu Imani dan ibunya sering menyaksikan jiran sebelah rumah mereka iaitu Soraya balik jauh malam dan mabuk. Imani cuba mendekati Soraya dengan niat mahu menolongnya. Dalam pada itu ibu Umar tidak merestui wanita yang dipilihnya dan mahu mengikut tradisi keluarga di mana perkahwinan anak-anak diatur oleh keluarga. Meskipun menurut kehendak ibunya, hati kecil Umar mencintai Imani.

Umar gelabah bila Dr Radhi minta dia kenalkan Imani kepadanya. Umar merahsiakan perasaannya tentang Imani kepada Dr Radhi. Imani sedih apabila Ruqayah memberitahunya bahawa Umar menjadi orang tengah memperkenalkan Imani dengan Dr. Radhi. Imani membuat solat Istiqarah dan Allah memberi petunjuk kepadanya supaya menolak Dr Radhi.

Imani kenalkan Dr Radhi dengan Soraya. Mereka kemudian bernikah. Imani minta kerja di Hospital Terengganu. Dia minta Soraya dan Ruqayah supaya merahsiakannya dari Umar. Umar jatuh sakit kerana tiada mendapat berita dari Imani.

Dalam pada itu seorang pelakon Danny selalu menipu bapanya. Tetapi bapanya sangat menyabar dan berdoa agar satu hari nanti Danny berubah. Danny memenangi Hadiah Pelakon Lelaki Terbaik. Danny dapat tahu ibunya mengidap kanser dan meminta Hj Zain membeli rumahnya untuk membiayai rawatan ibunya selepas ibu dan adiknya kembali dari mengerjakan umrah.

Danny terjatuh di atas bot dalam perjalanan ke pulau untuk percutiannya. Imani merawatnya dan sering membacakan Yaasin kepada Danny yang koma. Umar meminta cuti seminggu sebelum bertukar 3 bulan ke Hospital Terengganu. Roqayah menelefon Imani untuk memberitahunya khabar Umar tetapi Imani meminta dia jangan bercerita lagi tentang Umar kerana dia mahu melupakannya. Setiap hari Imani menjalankan terapi membaca Al Quran dan buku agama untuk Danny.

Umar tiba di Terengganu dan ibunya memberitahu mahu memperkenalkan dia kepada seorang wanita. Sementara itu Imani terus membacakan ayat-ayat suci Al Quran kepada Danny yang masih koma. Umar melapor diri ke Hospital Terengganu. Tiba-tiba Danny sedar dari komanya.

Umar memeriksa Danny dan memberitahu Danny dia boleh keluar dari Hospital keesokkan harinya. Danny akhirnya berubah ke jalan kebaikan. Dia nekad mahu meninggalkan sikap buruknya. Namun gadis yang sering mendekatinya, Dhia tidak putus asa menyesatkan Danny.

Imani kembali ke Kuala Lumpur untuk bercuti manakala Umar melaporkan diri untuk bertugas di Hospital Terengganu selama 3 bulan. Umar dan Imani walaupun bekerja di Hospital yang sama sering tidak bertemu dan masing-masing menyimpan rindu terhadap satu sama lain.

Hubungan rapatnya dengan Danny membuatkan Imani melakukan solat istikarah untuk mendapatkan petunjuk dari Allah siapakah yang harus dia pilih sebagai suami. Wajah Danny sering menjelma dalam mimpinya. Namun siapakah yang dipilih oleh Imani?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Coca-Cola Meneruskan Kontrak Penjualan di Pawagam GSC

Kolaborasi Disney Channel & Elizabeth Tan dalam ELENA OF AVALOR