Pada jam 8 malam, hari Sabtu yang indah, tanggal 5 Januari 2019 merupakan detik bersejarah buat pasangan bahagia yang baru sahaja mendirikan rumahtangga Elfira Loy dan Faris pada 1 Januari lalu. Sebuah majlis resepsi selamat berlangsung di PICC Putrajaya dengan kemeriahan dan keunikan tersendiri walaupun tanpa pelamin dan majlis merenjis.
Ada Sebab Mengapa Elfira Tak Mahu Ada Pelamin
Budiey rasa, Elfira Loy ada sebab dan alasan tersendiri mengapa tak nak buat pelamin dan tiada majlis merenjis. Khabarnya ada lima majlis resepsi yang dibuat, jadi mungkin majlis merenjis dibuat di majlis resepsi lain.
Sesampai Budiey di dewan PICC Putrajaya, Budiey dapat melihat para tetamu yang terdiri dari keluarga dua belah pihak, selebriti, para media dan kenalan telah hadir. Senyuman terukir mereka sudah cukup menandakan simbol sebagai tanda restu dan rasa teruja untuk melihat pasangan ini selepas bergelar suami isteri.
Menerusi laman Instagram Rizman Ruzaini, pereka fesyen ini memuatnaik dua keping gambar serta video Elfira menggayakan gaun perkahwinan yang sungguh cantik. Sekali pandang Elfira tak ubah seperti puteri raja! Manakala suami pula memakai suit/tuxedo serba putih. Cantik kan?
Nak tengok video majlis resepsi Elfira Loy dan Faris, korang boleh play video kat bawah ni.
Rakan Selebriti Meriahkan Suasana
Tidak sah kalau tidak menjemput rakan selebriti dan kenalan dari seni hiburan untuk hadir memeriahkan majlis. Antara selebriti yang Budiey temui ialah Fasha Sandha yang hadir bersama tunangnya, Aidil Aziz, Mira Filzah; pelakon yang sekarang ini melonjak dengan drama PUJAAN HATI KANDA, Hairul Azreen hadir bersama anak dan isterinya yang sedang hamil, Zoey Rahman yang sekarang dah buat braces, Radin; penyampai radio yang sentiasa ramah tamah, Ammar; penyampai radio, Fazura, Datuk Aznil Haji Nawawi dan ramai lagi.
Majlis santai pada malam tadi dikendalikan oleh pengacara popular, Awal Ashaari yang suka warnakan rambutnya dengan warna uban. Stailo!
Elfira Loy dan Faris mengenakan baju dan busana dari rekaan Rizman Ruzaini.
Dengan konsep tema Black Tie, tetamu hadir dengan mengenakan baju cantik-cantik dan ada yang datang dengan kasual. Penata cahaya di PICC Putrajaya agak romantik dengan rona suram menyukarkan Budiey dah rakam beberapa momen. Mujurlah pentas utama yang diletakkan di bahagian tengah dilimpahi cahaya yang terang benderang.
Budiey sempat merakam beberapa video ucapan selamat pengantin baru dari selebriti termasuklah Fasha Sandha, Aidil, Mira Filzah, Zoey Rahman, Radin dan ramai lagi… boleh tengok kat saluran Youtube Budiey Channel.
Tetamu dihidangkan dengan nasi minyak dan lauk pauk sedap lazat enak dari PICC Putrajaya.
Terima kasih Elfira Loy sudi jemput Budiey.com untuk buat liputan di sana. Selamat pengantin baru.