Ketika ini, barangan seperti telefon bimbit iPhone 12 dan permainan Play Station 5 (PS5) antara yang menjadi rebutan ramai ketika ini.
Namun begitu, lain halnya pula dengan pelakon popular Fizo Omar yang menangguhkan seketika pembelian kedua-dua barangan berkenaan.
Semuanya dilakukan semata-mata kerana membelikan sebuah skuter elektrik buat ibu tercinta.
“Hopefully perasaan Mama sama mcm apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.
“Hmmmm… iphone 12, PS 5? Nanti la dulu… bila Mama happy, dia boleh bawak pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iphone n ps5, dengan kedai-kedai skali boleh beli,” kongsinya di Instagram.
Pelakon itu juga turut berkongsi gambar basikal elektrik yang dibelinya itu dan turut dinaiki bersama anaknya, Wan Maryam.
*Sumber: IG Fizo Omar