Bagaimanapun, di platform media sosial sering kali menjadi perhatian membahas dan membincangkan isu semasa, berita tular dan kisah sensasi termasuk kontroversi membabitkan artis.
Untuk minggu ini, pastinya topik perbincangan hangat ‘tentera bawang’ khususnya berkaitan dunia hiburan adalah mengenai pendedahan di sebalik perkahwinan pelakon cantik kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 25.
Hampir sebulan berkongsi berita gembira perkahwinannya kepada umum pada 18 Februari lalu dengan suami yang juga pelakon senegara, Imam Shah, 32, tiba-tiba muncul luahan hati ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad di media sosial.
Perkongsian ditulis dalam bentuk puisi, Hikayat Antah Berantah oleh Noor Ashikin itu dipercayai dituju kepada anaknya dan sekali gus menjadi perhatian warganet untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku kerana disertakan tanda pagar #ibutakrestu.
Spekulasi hubungan anak-beranak ini menjadi lebih hangat membara apabila muncul juga dakwaan perkahwinan Hannah dan Imam yang dikata sudah berkahwin sejak setahun lalu berikutan perkongsian beberapa gambar nikah dibuat ibu mentua Hannah, Mariana Yati di Facebook.
Malah, turut terkena tempias kisah sensasi perkahwinan Hannah ialah model dan pelakon, Eleena Sui yang dikatakan hadir pada majlis berkenaan kerana fotonya sebagai tetamu juga ada di dalam hantaran dimuat naik Mariana itu.
Walaupun kisah perkahwinan ‘rahsia’ Hannah dan Imam ini belum selesai diungkap sepenuhnya, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tindakan Noor Ashikin yang membuat luahan sebegitu di media sosial.
Kebanyakannya menyifatkan ia masalah keluarga yang boleh diselesaikan secara berbincang dan tidak perlu ‘membuka aib’ menerusi perkongsian di media sosial.
Apatah lagi, Hannah selama aktif membina nama dan pertaruhkan bakat lakonannya di negara ini tampil dengan imej bersih kerana kurang berkongsi kisah peribadi berbanding perkembangan kerjayanya saja.
Jadi, apa yang berlaku di sebalik perkahwinan Hannah itu biar diselesaikan secara keluarga. Walaupun memang hati seorang ibu yang melahirkan itu terluka, namun masalah berbaur peribadi biarlah diketahui dan diselesaikan hanya di dalam keluarga.
Spekulasi ini juga terlihat panjang apabila Mariana mengeluar kenyataan menyokong menantunya dan mendakwa hubungan Hannah dengan Nor Ashikin sudah keruh sebelum perkahwinan itu. Bagaimanapun, Hannah tampil memohon maaf dengan kenyataan dimuat naiknya di Instagram.
Antara komen ditulis netizen yang mengikuti kisah ini memuji tindakan Hannah yang muncul memohon maaf dan meminta diberi ruang buat dirinya menghadapi apa yang berlaku:
“Secara teknikal, awak tak perlu mohon maaf pada kami, tapi ini kerana awak ‘humble’, ‘low-profile’ dan orang yang baik. Awak wajar dicontohi orang lain, mashaAllah semoga terus berjaya dalam kerjaya.”
“Semoga baik-baik ya Hannah, terharu pula baca coretan maaf dia.”
“Tengok IG mak dia terlalu berpuitis lah, macam complicated sangat je life.”
Apa-apa pun, dengan sikap positif Hannah dan doa yang baik daripada warganet, semoga isu perkahwinan pelakon filem Langsuir ini berakhir dengann muafakat. Ditambah pula, perkahwinan di sisi agama tindakan yang baik untuk menghalalkan hubungan setiap pasangan.
*Sumber: Harian Metro