in , ,

Tangan Fazura Melecur Akibat Terkena Minyak Panas, Ini Reaksi Fattah Amin

Pergelangan tangan kanan pelakon Nur Fazura melecur akibat terkena percikan minyak panas ketika memasak.

Foto menunjukkan bahagian tangan yang melecur itu dikongsi suami, Fattah Amin menerusi Instagram (IG) Story, kelmarin. Aktres jelita Nur Fazura mengalami kecederaan apabila pergelangan tanggannya melecur akibat terkena minyak panas. Fazura berkongsi perkara itu menerusi ruangan Instagram Story miliknya semalam.

Pada mulanya, kadaan pergelangan tangan isteri kepada aktor Fattah Amin ini tidak begitu serius, namun lama-kelamaan terdapat gelembung tumbuh di permukaan kulit.

Namun menurut Fazura, dia cuba merawat sendiri kerana tidak mahu ke hospital dalam saat kritikal sekarang.

Fazura

Ketika dihubungi BH Online, pelakon filem Dendam Pontianak ini memberitahu, insiden berlaku ketika dia sedang memasak.

“Secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanan saya.

“Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri,” katanya.

Fazura

Menurut Fazura atau lebih mesra disapa Faz, pada awalnya dia takut melihat ada gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu.

Fazura Kongsi Gambar Tangan Gelembung Selepas Kena Minyak Panas Dan Apa Terjadi Selepas Dia Pecahkan Gelembung Air Di Tangan

Namun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif.

Fazura

“Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah, nampak kesan luka itu semakin mengering. Terima kasih kepada peminat yang memberi pelbagai petua untuk diamalkan… Saya sangat menghargainya,” katanya.

Masih trauma dengan insiden di dapur, penyanyi yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu ini berkata, dia berehat seketika daripada aktiviti memasak.

“Dapur akan ‘ditutup’ buat masa ini. Suami pun tak bagi saya masak dan dia nasihatkan saya berehat sahaja,” kata pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FMM) Ke-27 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Pengurusan Hospital Putrajaya, Azwan Ali Mohon Maaf

Dipercayai Ikut Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19, Satu Keluarga Di Indonesia Diserang Demam