Menurut Wawa, dia dan Aeril sudah menyimpan impian mereka sejak tahun 2016 lagi untuk memiliki wisma sendiri. Wawa turut berkongsi, banyak dugaan dikecapi mereka sebelum berjaya mengecapi kejayaan kini.
“Sebenarnya kami sudah memasang impian ini dari dulu. Tidak menjangka kami akhirnya dapat buat, walaupun sebenarnya banyak dugaan dan rintangan dari awal mulakan perniagaan.
“Kami pernah diketawakan, dihina malah ada beranggapan kami akan bercerai. Sebab pada awal ambil keputusan untuk kahwin, orang ramai cakap kami akan hidup susah.
“Alhamdulillah, akhirnya kami dapat buktikan kami juga boleh berjaya. Kata-kata itu membuatkan kami kuat hingga sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa berkata dia seakan masih tidak percaya kerana sudah memiliki wisma perniagaan sendiri serta bangga dengan kejayaan dikecapi mereka.
“Saya sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan hari ini. Macam tak percaya pun ada kami sudah ada wisma.
“Proses pengubahsuaian menelan kos RM2 juta. Ia dimulakan sejak Jun tahun lalu lagi. Ambil masa lama juga untuk siap sepenuhnya. Ia direka oleh Aki Designer berkonsepkan ‘French Industrial’. Saya yang nak konsep ini.
“Memang gembira apabila sudah ada wisma. Sudah boleh jemput r’eseller’ untuk datang mesyuarat di pejabat. Sebelum ini tak ada tempat. Sekarang apabila sudah ada tempat cantik, boleh bergambar dan lain-lain,” katanya.
Difahamkan, bagungan tiga tingkat itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.