in ,

Tanah Tinggi Black Sea di Türkiye Menyajikan Keindahan Semula Jadi

Tanah tinggi Black Sea di Turkiye menyediakan pelbagai pilihan percutian buat mereka yang ingin melepaskan diri daripada kesibukan hidup di kota.

Kawasan dataran tinggi antara lokasi Black Sea paling popular sepanjang tahun yang menawarkan kombinasi sempurna pemandangan alam semula jadi, langit yang membiru juga udara segar.

Sebagai alternatif kepada percutian tepian pantai, apa kata temui landskap indah tanah tinggi Black Sea di mana anda boleh menikmati hidangan enak Black Sea dan persekitaran alam semula jadi yang kaya dengan oksigen, serba kehijauan dan begitu santai? 

Ordu: Indahnya Keharmonian Biru dan Hijau

Ordu, dengan pantai yang mempesona, kehijauan alam , tapak bersejarah yang tak lapuk dek zaman dan hidangan istimewa gastronomi yang lazat, antara tarikan pelancong paling popular di wilayah Black Sea.

Tanah tinggi Ordu menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung termasuklah perkhemahan, percutian karavan dan pendakian. Çambaşı, Perşembe, ve Keyfalan merupakan tiga dataran tinggi paling terkenal di Ordu. Perşembe Plateau di wilayah Aybastı Ordu terkenal dengan liku sungainya danpemandanganyangmenakjubkan.

Ketika perayaan tradisional tanah tinggi pada bulan Julai, berlangsungnya pelbagai pertandingan, persembahan cerita rakyat, konsert, acara sosial dan budaya, pertunjukan tinju dan lumba kuda.

Çambaşı Plateau merupakan destinasi popular buat pengembara yang meminati aktiviti luar. Keyfalan Plateau yang terletak di hujung tenggara wilayah Mesudiye pula menawan hati pengunjung dengan udara dan air bersih, hasil keluaran semula jadi haiwan ternakan dan rumah dataran tinggi yang serba tradisional. 

Rize Kaçkar Mountain

Dataran tinggi Giresun umpama “Secebis Bayangan Syurga.”

Giresun, sebuah bandar Black Sea yang tipikal dengan budaya, sejarah dan pemandangan indahnya menempatkan pelbagai permata semula jadi yang boleh diterokai sepanjang tahun.

Dan tidak disangkal, dataran tinggi Giresun paling popular antara kesemuanya. Kümbet Plateau yang menganjurkan acara perayaan pada Ahad kedua di bulan Julai setiap tahun, menjadi lokasi pelbagai restoran dan pemandangan yang mengasyikkan terhasil daripada tumbuhan yang saling bertukar musim.

Bektaş Plateau yang terletak di persimpangan wilayah Dereli dan Bulancak, menarik perhatian pengujung dengan alam semula jadi dan budayanya. Dataran tinggi itu juga lokasi asal untuk menikmati kehidupan tanah tinggi secara tradisional.

Sis Mountain Plateau di wilayah Görele mempunyai laluan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti luar khususnya pendakian gunung. Sumber air semula jadi wilayah berkenaan yang dikenali sebagai ‘air pahit,’ memang unik di dataran tinggi ini lantaran persekitarannya yang berkabus. 

Tanah Tinggi Trabzon di Tengah Alam Semula Jadi

Trabzon, salah satu bandar terkenal di Black Sea, memikat hati pengunjung dengan keindahan alam semula jadinya yang mempesona dan khazanah sejarah. Maçka-Şolma Plateau berada di puncak dataran tinggi untuk diterokai di Trabzon.

Dikelilingi kehijauan hutan dan air mengalir, alam semula jadi yang mendamaikan dan bermacam kemudahan, dataran tinggi ini diliputi persekitaran yang menenangkan mental dan fizikal pengunjungnya.

Erikbeli Plateau yang terletak 24 kilometer ke selatan Tonya, menyajikan pemandangan indah dan fauna unik buat pengunjung. Lustra dan Karester Plateaus, 20 kilometer dari Çaykara dan terletak di kawasan tinggi di Uzungöl yang juga salah satu daripada tempat tumpuan pelancong di Black Sea, memang dikenali dengan padang rumput yang subur dan pemandangan mengagumkan. 

Tanah Tinggi Rize dan Kaki Pergunungan Kaçkar 

Rize, bandar wilayah ini yang cukup terkenal dengan lembah curam, aliran sungai, istana bersejarah dan teh yang enak, dianggap syurga dataran tinggi yang sebenar. Ayder Plateau merupakan dataran tinggi hijau zamrud bandar ini yang paling terkenal. Ayder, salah satu daripada dataran tinggi paling terkenal di Türkiye, terletak 19 kilometer dari Çamlıhemşin, berada di Pergunungan Kaçkar dan keindahannya saling berganti mengikut musim yang berlatarkan hutan pohon cemara, berangan, beech dan fir. Pendakian menelusuri alam semula jadi juga boleh dilakukan di dataran tinggi ini yang tidak jauh dari Air Terjun Gürgendibi dan Gelintülü. 

Tanah Tinggi Artvin: Permata Wilayah Black Sea 

Dengan rimbunan kehijauan tanah tinggi, Artvin merupakan salah satu bandar paling penting di wilayah Black Sea dan Türkiye dalam pelancongan tanah tinggi. Kaçkar dan Kafkasör adalah dua daripada dataran tinggi paling terkenal di Artvin. Kaçkar Plateau yang terletak di cerun selatan Gunung Kaçkar dan sebahagiannya di Rize, menyediakan peluang pendakian yang hebat. Hidupan liar juga boleh ditemui di dataran tinggi ini yang diliputi oleh hutan dan padang rumput yang luas. Di bahagian barat-daya bandar ini di Kafkasör Plateau, iaitu hanya 10 kilometer dari pusat bandar, terdapat tarikan lain pula yang memang berbaloi untuk dikunjungi. 

Tentang Türkiye 

Terletak di Laut Mediterranean dan menghubungkan benua Asia dan Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus yang terkenal, Türkiye merupakan destinasi unik dan hab untuk interaksi budaya. Selain iklim cuacanya yang menarik, Türkiye memberi inspirasi kepada pengunjung dengan sejarah, alam semula jadi dan gastronominya yang mencerminkan kepelbagaian tamadunnya selama berabad. Sebagai titik pertembungan budaya, Türkiye mempunyai pemahaman tersendiri tentang seni dan fesyen yang merupakan hasil gabungan tradisi dan kemodenan, dan budaya membeli-belah dan hiburan yang dinamiknya turut menarik pengunjung dari seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Türkiye sila layari: https://www.goturkiye.com/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

REYZAL

Anak Awie Wing di Tiktok, Reyzal Yazmi Lancar Single Berjudul ‘Mata’

TV9

Ragam Si Cilik Memeriahkan Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun