Anugerah tersebut diumumkan setiap tahun oleh Asia House, sebuah pusat kepakaran mengenai Asia berpangkalan di London, untuk mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan dalam perniagaan dan masyarakat di Asia. Tan Sri Tony Fernandes bangga dengan kejayaan AirAsia dan akan terus memperjuangkan ASEAN. Bakal menerima anugerah itu di majlis berprestij di Hong Kong pada 27 November, selepas persidangan perdagangan Asia House.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, bakal menerima anugerah pemimpin perniagaan sebagai pengiktirafan kepada sumbangannya dalam landskap ekonomi Asia.
Juga dikenali sebagai wajah program ‘Apprentice Asia’ Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes akan dianugerahkan Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia ‘Asia House’ 2017 di majlis gala di Hong Kong pada 27 November.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes terima anugerah pemimpin perniagaan
Anugerah berprestij ini yang diumumkan pada setiap tahun oleh Asia House, sebuah pusat kepakaran mengenai Asia berpangkalan di London, mengiktiraf pemimpin perniagaan yang telah menyumbang kepada perubahan ekonomi dan sosial secara positif di rantau ini.
Hiroaki Nakanishi, Pengerusi, Hitachi;
Di bawah kepimpinan Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia telah berkembang menjadi syarikat penerbangan tambang rendah utama di rantau ini, seterusnya mentransformasikan industri penerbangan Asia dan memberi peluang kepada semua untuk mengakses perjalanan udara. Beliau juga merupakan pejuang ASEAN dan penyokong integrasi ekonomi ASEAN.
Lord Green, Pengerusi Asia House, berkata, “Sebagai pusat kepakaran dalam perniagaan dan perdagangan Asia, penting bagi Asia House untuk mengiktiraf para pemimpin yang memberi sumbangan positif kepada landskap ekonomi Asia.
“Di samping pencapaian dalam perniagaan, Tan Sri Tony Fernandes juga terus memperjuangkan ASEAN – selari dengan visi kami di Asia House. Justeru, kami percaya ini adalah waktu yang tepat untuk mengiktiraf kejayaan beliau sempena meraikan ulang tahun ASEAN ke-50.”
Penerima terdahulu termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Temasek; Ratan Tata, Pengerusi Tata Group; dan Nazir Razak, Pengerusi,
Ho Ching, Pengarah Eksekutif dan Kumpulan CIMB.
Tan Sri Tony Fernandes pula berkata, “Saya amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai pejuang Asean. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga Asean. Saya juga percaya bahawa kejayaan Asia Pasifik bergantung kepada Asean bukan sahaja China atau India – dengan rakyat seramai 620 juta, pengaruh rantau ini sememangnya besar.
“Namun, kejayaan Asean bergantung kepada semangat perpaduan, kerjasama, persediaan dalam mengharungi cabaran, dan integrasi. Walaupun ia belum sampai ke tahap itu, saya yakin kami boleh dan saya gembira kerana Asia House berganding bahu bersama kami untuk menuju ke arah itu.”
Anugerah tersebut akan disampaikan di Hong Kong pada 27 November, selepas persidangan perdagangan Asia House bertajuk; ‘Asia Trade in New Global Order.’
Persidangan ini turut disertai oleh beberapa nama besar seperti Carrie Lam, Ketua Eksekutif Pentadbiran Khas Hong Kong, dan Le Luong Minh, Setiausaha Agung ASEAN.