AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tujuh tahun berturut-turut akan memulakan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Maldives dengan kekerapan 3x seminggu dari 22 Oktober 2015. Laluan ini akan dioperasikan oleh AirAsia Berhad dengan kod penerbangan “AK”.
Tempat duduk ke destinasi pantai dengan permintaan yang tinggi kini sedia untuk ditempah melalui laman web airasia.com dengan tambang termasuk semua dari serendah RM169 sehala. Promosi ini berterusan sehingga 26 Julai 2015 bagi tempoh perjalanan dari 22 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 2016.
Kini semua boleh terbang ke Maldives!
● AirAsia memulakan penerbangan terus 3x seminggu ke Maldives
● Tambang promosi termasuk semua bermula dari RM169 sehala untuk tempahan bermula dari 21 hingga 26 Julai 2015 di airasia.com.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Maldives adalah destinasi utama yang menjadi senarai tempat ‘mesti dikunjungi’ bagi kebanyakan orang ramai dan permintaan penerbangan ke Maldives amat memberangsangkan. AirAsia berbangga membawa kembali penerbangan terus ke Maldives dari 22 Oktober 2015, menjadikan kami satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang terus ke Maldives dari Kuala Lumpur. Menawarkan penerbangan 3x seminggu ke destinasi pulau yang indah ini.’’
“Jadual penerbangan bagi Kuala Lumpur ke Maldives membolehkan pelancong dari negara-negara lain seperti Korea, Jepun, China, Hong Kong, Thailand, Australia dihubungkan dengan mudah melalui servis penerbangan sambungan (Fly-Thru). Diantara destinasi-destinasi yang menawarkan penerbangan sambungan (Fly-Thru) ke Maldives termasuk, Incheon, Osaka, Hong Kong, Shenzhen, Bangkok, Pulau Pinang dan Gold Coast,” tambah Spencer.
Ahli AirAsia BIG Loyalty Program atau lebih dikenali sebagai AirAsia BIG Shots akan diberikan keutamaan untuk menebus dan membuat tempahan tempat duduk bagi destinasi baru ini 12 jam lebih awal bermula 0001hrs (GMT +8) pada 21 Julai 2015. Tetamu AirAsia boleh menikmati keutamaan tempahan dengan AirAsiaGO, bahagian percutian di syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia tersebut. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web di AirAsiaGo.com.
Tetamu AirAsia boleh menikmati percutian sempurna mereka di Maldives dengan tawaran penginapan hebat dari serendah RM179 satu malam ditawarkan oleh AirAsiaGo.com.
Keindahan Maldives ini terdiri daripada 1,190 pulau-pulau batu karang yang terbentuk di sekitar 26 atol yang merupai bentuk cincin semula jadi, terbentang lebih dari 90,000 kilometer persegi, dan 90% daripada Maldives terdiri daripada laut, menjadikan ia destinasi yang sempurna untuk menikmati aktiviti-aktiviti seperti sukan air, snorkeling, menyelam, memancing di waktu malam dan meluncur air bagi mereka yang suka pengembaraan dan aktiviti luar.
Selain itu, Maldives juga merupakan pilihan destinasi bulan madu utama dan pasangan pengantin akan sukar untuk memilih resort dengan pilihan yang banyak tersedia di sana bagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan pemandangan laut membiru serta persisiran pantai yang putih.
Ramai yang tidak mengetahui, tetapi terdapat tempat warisan dan tapak budaya yang ‘mesti dikunjungi’ di Maldives – The Huruku Miskiiy (Masjid Jumaat) yang telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2013, dan juga Muzium Negara yang dibina pada tahun 1984. Tarikan lain termasuk Mulee-aage, kediaman Presiden yang dibina sebelum Perang Dunia Pertama, dan The Male surf point Raalhugandu, dibina oleh peluncur air tempatan dan penduduk tempatan serta perumahan yang memberikan sudut pandangan untuk melihat ombak dan memerhatikan peluncur air.
Terus mengikuti perkembangan promosi terkini AirAsia dan aktiviti lain melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).