in

Tambahan Penerbangan AirAsia Sempena Tahun Baru Cina 2013

Tambahan penerbangan AirAsia untuk Tahun Baru Cina 2014 kini dibuka untuk tempahan, yang akan beroperasi secara harian dan sah bagi tempoh perjalanan dari 28 Januari – 5 Februari 2014, ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, dari Pulau Pinang ke Kuching dan Johor Bahru dan dari Kuching ke Singapura.

AirAsia menjangkakan pertambahan jumlah tetamu yang akan terbang semasa sambutan Tahun Baru Cina pada tahun hadapan dan dengan penerbangan pertambahan ini, syarikat penerbangan tersebut yakin perjalanan akan menjadi lebih lancar dan menyediakan penerbangan yang mencukupi untuk para tetamu pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan itu.

Bagi para tetamu yang mempunyai perancangan untuk pergi bercuti semasa perayaan Tahun Baru Cina kelak dapat merealisasikan impian percutian mereka dengan adanya tambahan penerbangan ini, dengan lebih pilihan masa perlepasan penerbangan.

[pullquote align=”right”]Tambahan penerbangan AirAsia untuk Tahun Baru Cina boleh didapati sekarang! Juga diumumkan promosi istimewa sempena Ulang Tahun AirAsia ke-12 dan kemenangan anugerah bertaraf dunia[/pullquote]

Selain penerbangan tambahan ini, AirAsia juga mengumumkan promosi istimewa sempena sambutan Ulang Tahun ke-12 syarikat penerbangan itu dan di atas pengiktirafan sebagai ‘World’s Leading Low Cost Airline’ di 2013 World Travel Awards baru-baru ini.

Promosi istimewa ini menawarkan penerbangan dengan tambang asas dari serendah RM30* (tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api) dari Kuala Lumpur ke destinasi antarabangsa seperti Hat Yai, Bali, Banda Aceh, Yangon, Macau, Kolkata dan Guangzhou, termasuk destinasi domestik ke Johor Bahru dan Kuching.

Tempoh tempahan bagi promosi ini adalah dari sekarang sehingga 15 Disember 2013, bagi tempoh perjalanan dari 6 Januari – 30 April 2014. Tempahan boleh dilakukan di laman web syarikat penerbangan itu di www.airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android dan Blackberry10, termasuk laman web peranti mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com.

Tempahan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih AirAsia yang dibangunkan khas bagi Windows Phone 8 keluaran Nokia, satu usahasama di antara Nokia dan AirAsia bagi memberikan para pengguna dengan pengalaman penempahan penerbangan yang luarbiasa.

AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah dan anak syarikat Kumpulan AirAsia, juga menawarkan para tetamu dengan tambang istimewa ke destinasi yang merentasi Australia, Taiwan, Jepun, Korea, Nepal, Sri Lanka, Male dan China dengan tambang termasuk semua dari serendah RM179** sehala bagi kelas ekonomi dan RM699** sehala bagi kelas Premium dari Kuala Lumpur. Tempahan dibuka sekarang melalui laman web dari sekarang sehingga 22 Disember 2013, bagi perjalanan di antara 6 Januari dan 30 April 2014.

Aplikasi mudah alih AirAsia menyediakan cirri ‘Urus Tempahan Saya’, di mana para tetamu dapat meneliti segala tempahan yang telah dibuat, daftar masuk penerbangan serta menguruskan segala tambahan yang diperlukan seperti hidangan, pilihan tempat duduk, daftar masuk bagasi dan peralatan sukan, insurans perjalanan dan banyak lagi.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tertakluk kepada cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Tidak termasuk fi lain-lain. Untuk perjalanan sehala sahaja.

**Tambang AirAsia X termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Tidak termasuk fi lain-lain. Untuk perjalanan sehala sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nooraida Wanita Skandal Adi Putra Akhirnya Bersuara

Pelakon Fast & The Furious Paul Walker Maut Nahas Jalan Raya