in

Tambahan Flight Kota Bharu Hari Raya Aidiladha

AirAsia akan menambah kekerapan penerbangan* dari Kuala Lumpur – Kota Bharu dari 11 – 20 Oktober 2013 bagi memenuhi permintaan tinggi yang dijangka semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidiladha, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk pulang bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha, dengan sejumlah 6,840 tempat duduk tambahan disediakan bagi tempoh 10 hari.

[pullquote align=”right”]Tambahan Kekerapan Penerbangan ke Kota Bharu untuk Hari Raya Aidiladha[/pullquote]

Penerbangan tambahan ini akan dijalankan seiring dengan penerbangan berjadual Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang sedia ada, dari 8x sehari ke 10x sehari.

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di www.airasia.com mulai sekarang, bagi tempoh perjalanan dari 11-20 Oktober 2013.

Ketua Komersil AirAsia Berhad, Kenny Wong berkata, “Tambahan kekerapan penerbangan ini adalah untuk memenuhi permintaan yang meningkat semasa perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Kami berharap agar tambahan kekerapan penerbangan ini akan membantu untuk menyediakan perjalanan yang lancar untuk semua, termasuk mereka yang merancang untuk pergi bercuti semasa cuti am sempena perayaan tersebut. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tetamu kami.”

Tambahan kekerapan penerbangan Kuala Lumpur – Kota Bharu ini sedia ada untuk tempahan dalam talian dengan tambang rendah setiap hari di www.airasia.com serta melalui aplikasi AirAsia pada iPhone, peranti Android, Blackberry10 dan juga laman web peranti mudah alih di mobile.airasia.com.

Aplikasi mudah alih pada iPhone dan platform Android kini dikemaskini dengan ciri ‘Urus Tempahan Saya’, di mana para tetamu boleh meneliti semua tempahan yang dibuat, daftar masuk untuk penerbangan, serta menguruskan penambahan lain seperti hidangan, pemilihan tempat duduk, daftar masuk bagasi dan peruntukan peralatan sukan, membeli insurans perjalanan dan banyak lagi.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel La Flora Patong Phuket

Hafiz Calon Best Southeast Asia Act MTV EMA 2013