in ,

Tamat Kuarantin 14 Hari, Tengku Zafrul Berlari 11km Sebelum Kembali Bertugas

Sebagai seorang yang aktif bersukan dan menjaga kesihatan, Menteri Kewangan Negara, Datuk Seri Tengku Zafrul memaklumkan beliau teruja dapat melakukan larian pertama sejauh 11 kilometer (km) sebaik sahaja tamat kuarantin kendiri.

Larian itu dilakukan di kawasan berbukit sebelum beliau kembali bertugas di pejabat. Tengku Zafrul bersyukur kerana selepas 14 hari kuarantin di rumah keputusan saringan Covid-19 yang terbaharu adalah positif.
 
“Larian pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari. Alhamdulillah, keputusan saringan kesihatan terakhir adalah negatif.
 
“Larian hari ini di kawasan berbukit dengan elevation”. Bagus untuk kesihatan jantung dan stamina. It’s good to be back. 
 
“Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan kementerian setelah sekian lama bekerja di rumah. 
 
“Terima kasih kepada rakan kerja di MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) yang memberi sokongan dalam tempoh yang kritikal ini, lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021,”
– Datuk Seri Tengku Zafrul

View this post on Instagram

🏃🏾 Larian pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari. Alhamdulillah, keputusan saringan kesihatan terakhir adalah negatif. 🤲🏼 Larian hari ini di kawasan berbukit dengan “elevation” – bagus untuk kesihatan jantung dan stamina ⛰ . It’s good to be back. Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan Kementerian setelah sekian lama work from home. Terima kasih kepada rakan kerja MOF yang memberi sokongan dalam tempoh yang kritikal ini, lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021. InsyaAllah, moga urusan kita semua dipermudahkan. ********* First outdoor run after end of 14-day home self-quarantine 🏃🏾 . Alhamdulillah, swab result was negative and today is first day out. 🤲🏼 Did a hill run with lots of elevation – beneficial for the heart and stamina ⛰. Feels good to be back. Excited to return to office later to perform duties. I thank all my MOF colleagues for their support during this critical period, especially in preparation of Budget 2021. May Allah ease all our efforts. #StaySafe #StayHealthy #KitaJagKita #FollowSoPs

A post shared by Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) on

Tengku Zafrul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, beliau berkongsi foto ketika selesai melakukan larian tersebut. Dalam foto itu menunjukkan dirinya berlari sejauh 11km hanya dalam tempoh  1 jam 8 minit.
 
Kebanyakkan pengikut laman sosial itu mengucapkan selamat kembali bertugas buat menteri kewangan yang memang terkenal dengan gaya hidup sihat. Malah ada juga yang memuji kecergasan Tengku Zafrul yang suka mengamalkan aktiviti  sihat.


 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walau Dikritik di Sosial Media, Apple Sudah Terima Lebih 2.3 Juta iPhone 12 Semasa Pre-Order

Drama LELAKI LINGKUNGAN CINTA Belum Disiar, Imran Aqil Cemas Dikecam ‘Kayu’