Berbicara mengenai pelancongan dan percutian, perkara pertama yang terlintas di otak fikiran semestinya “Food Hunting” aktiviti mencari makanan tempatan atau “Must Try” sebaik sampai di lokasi yang dikunjungi. Kedua ialah “Insta Worthy” aktiviti bergambar berlatar belakangkan ikon atau panoramik yang menarik untuk dimuat naikkan kedalam media sosial.
Pintasan Saloma dan Penang Street Art merupakan salah satu lokasi terkenal sebelum ini. Tetapi bagi pengembara “backpacker”, jurugambar professional dan pencinta alam mereka lebih tertarik dengan keindahan alam dan budaya.
Eko-pelancongan merupakan cara terbaik untuk meraih pengalaman tersebut disamping merehatkan minda dari hiruk pikuk tugas harian sambil memelihara keseimbangan biodervisiti alam dan menyumbang kesejahteraan komuniti setempat.
Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu. Definisi eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya.
Ia adalah pelancongan lestari secara ekologi yang memupuk pemahaman, penghargaan dan pemuliharaan alam sekitar dan budaya. Tujuan Eko-pelancongan adalah untuk mendidik para pelancong, menyediakan dana untuk pemuliharaan ekologi, bagi memberi manfaat secara langsung kepada pembangunan ekonomi dan pemerkasaan politik masyarakat setempat atau untuk memupuk rasa hormat terhadap budaya yang berlainan dan hak asasi manusia.
Di Malaysia sendiri terdapat banyak tempat-tempat Eko-pelancongan yang anda boleh lawati, seperti Gua Mulu, Pulau Perhentian dan Taman-taman Negara Malaysia. Tetapi tahukah anda terdapat juga Taman Tema yang berkonsepkan Eko-pelancongan di Malaysia? Sunway Theme Parks atau anda pasti lebih kenal dengan nama Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.
Anda pasti hairan mengapa dua taman tema utama Malaysia ini tersenarai dalam carta ini. Percaya atau tidak, kedua-dua taman tema yang banyak memenangi anugerah ini merupakan salah satu tempat eko-pelancongan yang giat menjayakan program-program berasaskan “Sustainable Development Goals” (SDG).
Pada tahun 2016, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memperkenalkan 17 koleksi matlamat global Sustainable Development Goals (SDG) yang saling berkaitan satu sama lain bagi membina rangka tindakan masa depan yang lestari dan jauh lebih baik untuk semua masyarakat. PBB juga menanam harapan agar matlamat ini dapat dicapai menjelang tahun 2030. Matlamat-matlamat SDG ini tentu sekali berkait dan dapat dimanfaatkan dengan eko-pelancongan.
Luangkan masa bersama keluarga di Sunway Lagoon, Selangor
Sejak dibuka pada tahun 1992, Sunway Lagoon merupakan salah satu taman tema terbesar dan terkenal di negara ini. Dengan jumlah tarikan yang terus berkembang demi memenuhi keperluan semua peringkat usia dan berkeluasan lebih dari 88 ekar, ia adalah taman tema hiburan pertama yang dibina 150 kaki dari permukaan bawah tanah di tapak bekas pelombongan bijih timah.
Bagi memastikan kelangsungan tapak taman tema ini sebuah kajian ekstensif telah dijalankan pada tahun 2010 dan sistem “Clean-Flo” diperkenalkan untuk mengubah kolam menjadi keadaan eutrofik dan pembalikkan degradasi.
Tahun lepas Sunway Lagoon telah membina habitat siamang di sebuah pulau buatan manusia yang dinamakan “Upcycled Floating Island“. Pulau ini dibina hasil dari pengunaan bahan-bahan buangan kitar semula seperti styrofoam, botol plastik dan tong klorin. Keunikan ciri-ciri pulau terapung ini memerlukan perkerja zoo yang menjaga siamang berkenaan menaiki bot untuk melakukan tugas harian mereka.
Pada tahun 2019, Sunway Lagoon telah melaksanakan “No Single-Use Plastic Policy” dan telah beralih dari penggunaan plastik sekali guna dalam menuju perlindungan hidupan laut dan lautan. Taman tema ini juga telah berusaha mengurangkan sampah ke tempat pembuangan sampah dengan mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula ke tong kitar semula.
Tong sampah yang sekian ada di sekitar taman tema telah diperbaharui dan digantikan menjadi tong hijau untuk tin aluminium dan botol plastik dan tong kuning untuk sampah sarap.
Langkah ini diambil supaya dapat mendidik pengunjung ketika mereka berada di taman tema. Meskipun berdepan dengan situasi sukar dan gentir di ambang pandemik namun ia tidak sesekali mematahkan motivasi Sunway Lagoon untuk meneruskan misi 17 matlamat global SDG menjelang tahun 2030.
Berendam di kolam air panas di Sunway Lost World Of Tambun, Perak
Tidak seperti taman tema lain, Sunway Lost World Of Tambun di Perak menawarkan pengunjung untuk memanjakan diri di kolam air panas semula jadi dari siang sampai ke malam. Lebihan air panas yang tidak digunakan, kemudiannya akan disimpan dan dibiarkan sejuk di dalam tangki sebelum dialihkan ke dalam kolam air yang lain.
Dikelilingi hutan tropika yang menghijau dan batu kapur berusia 260 juta tahun yang mempersona, disamping memilihara gua-gua besar dan kecil, taman tema yang mempunyai pelbagai daya tarikan ini menjadi tempat percutian utama lawatan eko-pengembaraan yang unik untuk pengunjung dari semua peringkat usia.
Terdapat juga tempat penginapan berkonsepkan “Staycation” iaitu Lost World Glamping di mana pengunjung boleh beristirehat bersama keluarga sambil terpegun dengan keunikan “Needle Of Tambun” iaitu menara batu kapur semula jadi tersergam indah setinggi 140.5 meter yang di iktiraf sebagai salah satu tapak warisan geologi “Geopark” oleh Jabatan Mineral & Geologi Negeri Perak.
Seiring dengan motif eko-pelancongan, “Staycation” bermaksud percutian yang dilakukan di rumah atau melawat ke kawasan tarikan tempatan di dalam negara sendiri. Konsep percutian ini berpotensi mengurangkan pencemaran alam sekitar disebabkan pengunaan bahan bakar petrol yang kurang, disamping juga dapat menjana kestabilan ekonomi tempatan dan nasional.
Ia akan membantu pembangunan masyarakat setempat dalam menyediakan sumber kehidupan alternatif lebih lestari kepada rakyat tempatan.
Ramai yang sudah melihat eko-pelancongan sebagai salah satu cara bijak dan terbaik untuk melindungi persekitaran alam semula jadi serta mewujudkan faedah sosial dan ekonomi untuk masyarakat tempatan.
Jadi, tempat eko-pelancongan yang manakah akan anda lawati selepas berakhirnya pandemik ini?