in , ,

Taktik Kotor Akaun Instagram Pro Israel Fitnah Mona Allen Sokong Israel!

Muat Naik Foto Bersama Anak, Taktik Kotor Akaun Instagram Pro Israel Fitnah Mona Allen Sokong Israel! – “Too Much, Gila Ke Apa?”

Tiada angin tiada ribut, nama selebriti Mona Allen difitnah menjadi penyokong yahudi, Israel setelah satu akaun Instagram yang menyokong Israel memuat naik fotonya bersama anaknya, Petra Pekin.

Lebih parah, akaun Instagram tersebut menjaja cerita berkata Mona memberi sokongan kepada Israel. Apa ke hel nye ni? Macam tu pun boleh ek? Kesian kat Mona. Tak pasal-pasal nama dia terkait. 

“What the Hamas is doing is plain evil – and nothing will ever justify it, I stand with Israel’.

Yes Queen, @mona.allen is a brave Arabic mama who supports Israel. We love you,” tulis akaun berkenaan pada foto Mona.

MONA ALLEN

Sementara itu, di ruangan komen hantaran berkenaan Mona berkata dia hanya memberi sokongan kepada Palestine.

“I stand with Palestine #IsraelKoyak,” tulis Mona.

Admin akaun Instagram berikut pula menjawab kepada Mona memintanya untuk tidak takut.

Terkejut apabila namanya dipetik, Mona menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya mempertahankan diri dan memohon orang ramai untuk menyekat atau report akaun berkenaan.

“What? Kau gila apa? Eh, eh… Too much! Korang yang tengok post ni tolong report page tu!,” tulisnya dalam nada berang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR X9b 5G

HONOR Malaysia Bakal Lancar Telefon Siri X Terbaharu HONOR X9b

Ini Carian Teratas Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2023?