in ,

Tak Serik Tiru Design, Ezuwan-Maria Cetus Kecaman

SEBAGAI seorang pereka fesyen, mereka mestilah menghasilkan sesuatu rekaan tersendiri tanpa menciplak sepenuhnya mana-mana rekaan daripada pereka lain.

Namun lain pula bagi pereka fesyen antarabangsa, Ezuwan Ismail apabila dia sekali lagi dengan sengaja mencetuskan kontroversi dengan menghasilkan satu lagi busana yang dilihat menyerupai rekaan pereka luar negara.

Ezuwan-Maria

Ahad lalu, Ezuwan telah menghasilkan satu gaun kembang berwarna kuning berserta corak cheese untuk digayakan oleh aktres cantik jelita Maria Farida bagi anugerah Drama Festival Filem Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018).

“Yeay berjaya buat ‘moschino pelesu’ (palsu)…why bother why bother? Ada aku kisah korang nak cakap apa? Korang kan baik sangat tak tiru…” tulisnya di Instagram semalam.

Ezuwan-Maria

Bagaimanapun caption yang seperti mengundang kecaman itu telah menarik perhatan netizen untuk terus mengkritik pereka fesyen itu kerana diangap begitu berbangga dengan hasil ciplaknya.

Malah, apa yang dilakukan olehnya telah disifatkan seperti menjejaskan kredibiliti pereka fesyen terkenal di Malaysia.

Dalam yang mengkeji, ada juga yang memuji dan beranggapan bahawa rekaannya itu sangat sesuai digayakan oleh Maria walaupun terang-terangan ia talah meniru hasil rekaan jenama lain.

Dalam masa yang sama, Ezuwan dan Maria mengakui bahawa mereka sememangnya dengan sengaja telah merancang untuk meniru sepenuhnya rekaan Mochino itu.

Ezuwan-Maria

“Secara jujurnya memang kami sepakat untuk sengaja meniru kerana geram dengan netizen yang hanya mengkritik sahaja walaupun sebelum ini banyak baju hasil kerja saya lalu di karpet merah.

“Kami sudah bersedia tanggung risiko untuk dikecam netizen. Bila kita buat idea kita mereka tidak mahu menilai pula,” katanya ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

Sebelum ini, rekaan Ezuwan yang digayakan oleh penyanyi Nabila Razali turut dikecam kerana dilihat menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Bagi Ezuwan, apa yang dihasilkan olehnya itu kadang-kala hanya permintaan pelanggan dan dia juga tidak mampu untuk menolak permintaan mereka.

Ezuwan-Maria

“Ia pekara yang susah untuk dijelaskan kerana sebagai pereka fesyen dan mencari rezeki saya juga tersepit dengan situasi ini.

“Pening juga untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam masa yang sama mengelakkan perkara yang melanggar etika,” katanya lagi.

Awal bulan lalu, Ezuwan baru sahaja tampil dengan rekaan baju raya eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama DEKATKAN JARAK KITA Menang Drama Pilihan DFKL 2018

Demam Bola Melanda Coca-Cola Collectors Fair 2018