Pendakwah selebriti, Da’i Syed menitiskan air mata apabila perlu menjalani lebih kurang tiga malam lagi di lokap kerana belum sempat membayar RM35,000 sebagai jumlah ikat jamin.
Terpaksa bermalam di lokap lagi
Memetik laporan Malaysiakini, pemilik nama Syed Shah Iqmal yang berdepan dengan tiga pertuduhan di mahkamah berbeza itu terpaksa bermalam di pusat tahanan reman sementara di Beranang, Selangor.
Menurut peguamnya Syed Amirul Syed Edros, pihak penjamin tidak dapat membayar wang ikat jamin berikutan masa yang diberikan agak singkat.
“Kita difahamkan waktu jamin dah berhenti pada waktu 2.30 petang di Mahkamah Petaling Jaya dan pertuduhan di situ juga lewat habis iaitu pada jam lebih kurang 2.00 petang,â€Â katanya.
Tiga pertuduhan
Pagi tadi setelah selesai dua pertuduhan termasuk cabul dan seks luar tabii di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Da’i Syed terus dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk meneruskan dakwaan atas pertuduhan merogol.
Sumber: Malaysiakin