in ,

Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?

Lelaki yang juga suami YouTuber masakan terkenal ditahan reman tiga hari kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Isnin. Menerusi laporan Astro Awani, perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Berang namanya tidak disebut isteri ketika menerima anugerah penghargaan baru-baru ini, disyaki menjadi punca suami kepada youtuber masakan terkenal tergamak mendera isterinya. Sumber berkata, kejadian itu dikatakan menjadi antara punca pasangan terbabit bertengkar ketika mereka berada di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, baru-baru ini.

Tak Sebut Nama Suami Ketika Anugerah Jadi Punca Youtuber Masakan Didera

Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya. “Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,”

– Sumber

The Star mengesahkan, YouTuber yang ditahan reman selama tiga hari tersebut merupakan M. Sugu, suami kepada Pavithra selepas mendapat pengesahan dari Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz.

Dikatakan, pada hari Selasa lalu, Pavithra telah melawat saudaranya yang bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Suaminya yang mabuk ketika itu dikatakan telah memukulnya selepas bergaduh kerana marah  Pavithra tak sebut namanya ketika menerima anugerah “Ikon Bandar Ipoh”. Pavithra menerima anugerah tersebut pada Isnin lalu kerana kejayaan yang diperolehi di YouTube.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,”

– Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz
Sumber: BH Online
Tak Sebut Nama Suami Ketika Anugerah Jadi Punca Youtuber Masakan Didera

Suami Youtuber Terkenal Direman 3 Hari

SUAMI kepada Youtuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?

Terdahulu lelaki itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu pada jam 10 pagi.

Sementara itu berdasarkan sumber berkata, pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya. 

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Minggu Ini SAAT MANIS FRANCISSCA PETER di RTM

Pelakon Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sah Bercerai