in , ,

Bermula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Jenama wangian terkenal SugarBomb baru-baru ini ke Surabaya, Indonesia mencuri perhatian ramai termasuk warganet di sana.

Pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli atau Boss A bersama lima orang lagi wakil rombongan bagai memberi isyarat jenama berkenaan berusaha melebarkan sayap ke negara jiran itu.

Ia termasuklah bayangan jenama berkenaan bakal membuka cawangan pertama di Surabaya tidak lama lagi sebagai membuktikan keinginan yang diingini bukan sekadar omong kosong.

Tak Sangka Mula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Memetik keterangan video dimuat naik di laman sosialnya, Boss A teruja menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemilik syarikat pelbagai cabang perniagaan di Indonesia iaitu J99 Corp, Gilang Widya Pramana atau lebih dikenali dengan nama Juragan sebagai perintis jalan usaha dipanjangkan.

“Terima kasih team J99Corp dan Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke kilang mereka.

“Doakan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia ini terjalin dan berjaya. Amin,” tulisnya di IG dan TikTok.

Bagaimanapun pihak media dilaporkan akan terus mencuba mendapatkan keterangan lanjut Boss A terhadap usaha dimaksudkan ini.

Tak Sangka Mula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Malah entri dimuatnaik Boss A di laman Instagram (IG) dan akaun TikTok miliknya Sabtu lalu juga pantas diasak dengan pelbagai andaian dan permintaan ramai termasuk warga seberang.

Pautan https://www.instagram.com/ayieesb_/ dan https://vt.tiktok.com/ZSRxV8Vkb/ turut dihujani komen yang mahu bertanya lanjut mengenai susulan kembara dan kerjasama terjalin.

“Ga (belum) ada rencana untuk buka ruang di Pekan Baru,” demikian antara mesej langsung permintaan daripada pemilik akaun Instagram @dianfarida dari Surabaya yang tampak teruja dengan kehadiran SugarBomb di Indonesia nanti.

Tak Sangka Mula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Meneliti entri dimuat naik di IG milik Boss A, dia juga pantas diminta untuk berkongsi berkenaan tips berjaya dalam perniagaan oleh beberapa pengikutnya dari negara seberang kerana dirinya sudah tidak asing lagi dikenali sebagai antara usahawan muda yang menjadi inspirasi kepada banyak pihak diluar sana.

Sebagai negara serumpun, Boss A dan rangkaian perniagannya sendiri memahami situasi warga Indonesia yang sentiasa menantikan peluang pekerjaan untuk kelangsungan hidup selain sokongan positif kepada rakyat Malaysia dalam apa jua kerjasama terutamanya sektor ekonomi.

Tak Sangka Mula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Diiring doa dan misi membawa jenama itu terus bangkit termasuk di negara republik berkenaan, tanda pagar #PastiBisa yang digunakan oleh usahawan popular itu menerusi muat naik IG Story miliknya seolah-olah memberi isyarat bahawa jenama ini akan membuat lebih banyak kejutan di Surabaya tidak lama lagi.

Mana tidaknya, bukan sahaja produk minyak wangi, SugarBomb juga turut rancak mengeluarkan beberapa produk lain seperti sanitasi tangan serta penyegar udara.

Tak Sangka Mula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Malah, Oktober ini pula SugarBomb nampaknya mula berani untuk mengeluarkan produk dengan konsep baru yang pastinya mempunyai nilai komersial dan eksklusiviti tersendiri.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh jenama ini sewajarnya dijadikan inspirasi kepada orang ramai khususnya para usahawan muda.

Tidak ada kejayaan yang mengkhianati usaha. Lalu usaha Boss A. ini akan sentiasa tampil membantu menyediakan peluang pekerjaan dan melakar sejarah kejayaan menerusi produk SugarBomb seiring dengan kiblat jenama ini iaitu untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia dengan menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang lumayan untuk rakyat Malaysia ke arah ekonomi mampan dan kukuh.

Tak Sangka Mula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Perniagaan jenama wangian ini juga cukup menginspirasikan kerana asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil belakang rumah di Shah Alam, dan seterusnya sudah mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan 1.21 hektar atau 3.0 ekar di Meru, Klang.

Jenama di bawah SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu yang beribu pejabat di Bandar Bukit Raja, Klang itu bertapak pada tahun 2017 dan mempunyai 200 pekerja.

Baru-baru ini jenama itu merasmikan produk baharunya di laman rasmi IG mereka berkonsepkan ‘Pinktober’ beserta tanda pagar #SUGARBOMBCAREFORYOU.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Tanya Pasal Anak, Sekali Zulin Aziz Kongsi Berita Menyedihkan 

Timah Bercerita Tentang Crush Dalam Single Kedua Berjudul ELEH HE ELEH