Malah, video tersebut mendapat komen yang sangat positif apabila lebih 5,000 komen pendengar yang mengatakan betapa menariknya idea dan jalan cerita muzik video ini lebih – lebih lagi ditambah dengan kehadiran Mira Filzah dan Hun Haqeem.
Untuk video muzik ini, Tokti mengakui sanggup menjadi pengintip untuk memerhatikan gerak geri pelakon kacak Hun Haqeem dan aktres Mira Filzah.
Tambah Siti lagi, dia turut mengenakan beberapa persalinan busana untuk mengekori Hun dan Mira yang ditampilkan khas dalam video muzik rasmi Siapa Tak Mahu.
“Penampilan saya di dalam video muzik ini agak berbeza kerana saya menjadi spy atau perisik dan memerhatikan gerak geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem.
“Saya juga mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter,”
– – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Penerima Anugerah Emas menerusi album fizikal ‘ManifestaSITI2020’ yang mencatat jualan sebanyak 5,000 unit itu juga berharap agar video muzik Siapa Tak Mahu dapat meneruskan promosi lagu tersebut.
“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalanâ€, ujarnya.
– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Video muzik lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna itu bakal dilancarkan pada malam ini, Â jam 9 malam di saluran YouTube Siti Nurhaliza.