Kalau pasangan suami isteri merupakan selebriti terkenal dan sentiasa menjadi perhatian orang, sama juga anak-anak mereka. Memang satu trend ibu bapa membuka akaun media sosial buat anak-anak mereka terutamanya Instagram.
Pelakon Amar Baharin, 32, juga tak mahu ketinggalan. Dia ingin membuka akaun media sosial untuk cahaya mata pertamanya yang bakal lahir penghujung Oktober ini.
“Saya dan isteri sepakat untuk buka akaun media sosial untuk anak kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.
“Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang. Tak salah kan?”
Bagaimanapun, hingga hari ini mereka berdua masih belum mengetahui jantina anak pertama mereka.