Video yang dimuat naik Hafiz di aplikasi TikTok miliknya semalam meraih lebih 238,000 tontonan dan 23,000 tanda suka. Hafiz yang juga seorang usahawan kagum dengan Fattah yang dilihat tidak pernah melupakan kewajipannya itu.
“Tabik dekat Fattah. Tak pernah tinggal solat di set penggambaran. Dah lama saya perhati,” tulisnya. Melalui video yang dikongsikan, rata-rata pihak memuji cara didikan ibu bapa Fattah yang dilihat sangat mementingkan ajaran agama.
Ada juga mengatakan, walaupun Fattah sibuk dengan urusan kerja ia bukan alasan untuk kita tidak menunaikan solat.
Lebih mengujakan, ada juga komen yang mengatakan isteri Fattah iaitu pelakon Nur Fazura adalah wanita bertuah kerana dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Walaupun dihujani pelbagai komen positif, perkongsian terbabit turut menerima kecaman, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan perkongsian video terbabit kerana solat adalah wajib bagi umat Islam.
Sementara itu, Fattah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai video yang dirakam salah seorang peserta program itu.
“Tak ada apa yang saya nak komen. Bagi saya, ia tak perlu dihebahkan. Mungkin peserta itu merakamkannya untuk tujuan suka-suka. Saya harap apa yang dikongsikan boleh mendatangkan satu hal yang baik kepada semua,” katanya.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa Fazura merupakan wanita yang bertuah dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Ini lah baru dikatakan imam yang boleh membawa keluarga ke Syurga Firdausi.