Dalam menjawab tuduhan tersebut dengan tenang, Syada menyatakan bahawa dia tidak pernah merasakan dengki terhadap pencapaian Shila, malah dia merasa bangga memiliki kakak yang hebat.
“Tiada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya, hanya masa yang ibu dan ayah luangkan untuknya dan tinggalkan saya dan adik beradik lain ketika masih bersekolah.
– Syada Amzah
Selain itu, bukan rasa cemburu, sebaliknya saya rasa bangga sebab memiliki kakak sehebat itu,” ujar Syada.
Syada juga secara terbuka mengakui bahawa Shila adalah idola dalam bidang nyanyian, dan dia bersyukur kerana memiliki pertalian darah dengan kakaknya.
Dalam perkongsian di Instagram, Syada menjelaskan bahawa tiada kata-kata dari pihak lain yang boleh menyentuh perasaannya, dan dia menegaskan kembali rasa hormat dan kekagumannya terhadap Shila sebagai seorang kakak dan penyanyi yang berjaya.