Namun apakan daya, rumah tangga mereka pernah diuji di pertengahan jalan selain terpaksa berpisah buat seketika akibat pandemik Covid-19.
Selepas sembilan bulan tinggal bersama keluarga di Singapura, akhirnya penyanyi berusia 30 tahun itu kembali pulang ke pangkuan isteri tercinta serta anak-anak kesayangan di Malaysia.
Kelmarin, Aliff memuat naik video di laman sosial Instagram miliknya memaparkan dirinya sedang menyanyi sebuah lagu yang dikhaskan buat anak perempuan Ara.
Dalam video itu, reaksi Ara menjadi perhatian warganet apabila dia dilihat hanya menatap wajah bapanya, tersenyum dan hanya mengedipkan mata buat beberapa ketika.
Mungkin dia terpaku mendengar kemerduan suara atau terpegun akan sosok bapanya di depan mata memandangkan mereka tidak pernah berjumpa sejak Ara dilahirkan sehinggalah baru-baru ini.
Tambahan lagi, dia nampak tenang saat mendengar bapanya menyanyikan lagu nyanyian Dewi Perssik berjudul ‘Indah Pada Waktunya’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat gelagat si kecil comel itu. Ada juga yang meluahkan perasaan sebak sewaktu menonton video tersebut.
Alahai.. Comelnya puteri kesayangan Aliff Aziz dan Bella Astillah ini. Semoga hubungan mereka sekeluarga bertambah rapat dan bahagia selalu.