Harini genap setahun perkenalan dengan ex.. Dalam pendrive ni ada semua tentang dia
Menerusi aplikasi TikTok, pemuda bernama Shahir menunjukkan sebuah pendrive yang digunakan untuk menyimpan segala kenangan bersama bekas teman wanitanya. Mengenangkan genap setahun perkenalan mereka, dia nekad untuk membuka isi peranti tersebut bagi merawat rindu yang bertandang di hati. Dapat dilihat, folder tersebut turut berisi beberapa foto serta video kenangan bersama wanita berkenaan yang tidak pernah dipadam.
Sakan belek semua gambar & video kenangan sampai tak sedar gugur air mata jantan
Dalam pada asyik menatap semua foto dan video kenangan bersama wanita itu, tanpa disedari matanya sudah mulai berkaca. Perit untuk menelan hakikat kehilangan insan tercinta, pemuda tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti daripada membelek folder yang lain. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun dia bersyukur kerana mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain.
@caerajaliii 23/11 🙂
♬ original sound – shahir
Tak semua lelaki sama.. kuat diri untuk move on
Simpati, demikianlah perasaan yang dirasai oleh netizen selepas melihat luahan yang dibuat lelaki ini. Tidak kurang juga yang mendoakannya agar terus tabah dalam menempuhi fasa ‘move on‘.