in , ,

“Sebenarnya Tak Perlukan Elemen Maksiat Untuk Jadi Trending,” – Netizen

Selepas kejayaan tersenarai sebagai finalis di malam Anugerah Industri Muzik 23 baru-baru ini, kumpulan nasyid One Path tidak menunggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu buat para peminat hiburan dakwah.

Kumpulan yang dianggotai oleh Ammar, Haseef, Afiq dan Shafiq itu kini tampil dengan single bertajuk Laila Majnun. 

Lagu itu yang baru sahaja diterbitkan pada 1 Oktober lalu membawakan penceritaan kisah cinta yang masyhur di antara Laila dan Majnun. Biarpun kisah tersebut berakhir dengan tragedi, perjalanan cinta pasangan ini dipersembahkan di dalam perspektif yang berbeza.

Istimewanya kali ini One Path tampil berlima bersama Nazrey Johani yang juga merupakan bekas vokalis utama kumpulan nasyid nombor 1 negara, Raihan. Percubaan pertama gandingan generasi perintis dan baharu nasyid itu nyata memberikan impak apabila lagu Laila Majnun berjaya menduduki tangga trending di YouTube Trending for Music dan Trending Now sepanjang tempoh minggu pertama lagu itu dilancarkan.

“Tak Perlukan Elemen Maksiat Untuk Trending - Netizen

Menurut penerbit yang juga pengasas Tarbiah Sentap Records, Ustaz Adnin Roslan, pemilihan Nazrey Johani sebagai rakan duet One Path dibuat bukan atas faktor populariti semata. Namun ia melibatkan pelbagai faktor lain bagi membantu menyempurnakan single kedua One Path itu. 

“Populariti, jumlah followers social media bukan faktor utama yang kami nilai dalam proses pemilihan artis duet bersama One Path. Ada pelbagai penanda aras lain yang tim Tarbiah Sentap perhalusi terlebih dahulu sebelum memutuskan senarai akhir artis yang sesuai,

“Keperibadian artis itu juga antara perkara yang kita perhalusi. Kita mahu artis yang kita bawa untuk berganding bersama dengan artis Tarbiah Sentap adalah mereka yang boleh memberikan pengaruh positif kepada masyarakat secara istiqamah. 

Jelas beliau, ciri unik pada vokal Nazrey Johani yang telah lama sebati di dalam masyarakat, menjadikan lagu Laila Majnun sebuah naskhah yang amat istimewa. 

“Untuk single Laila Majnun, keunikan karakter suara Ustaz Nazrey yang ikonik itu sendiri menjadi satu daya penarik yang kuat. 

“Paling penting bagi kami adalah keberkatan dan keredhaan Allah swt dalam setiap keputusan yang kami pilih. Mudah-mudahan ada ganjarannya di sisi Allah swt.

Tambahnya lagi, lagu ciptaan Akmal Mustafa itu diinspirasikan dari sebuah video ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli sekitar tahun 2019.

“Tak Perlukan Elemen Maksiat Untuk Trending - Netizen

Kombinasi Yang Mampu Lahirkan Fenomena Raihan Kedua.

Setelah seminggu Laila Majnun diterbitkan, majoriti netizen memberikan respon yang amat positif menerusi ruangan komen music video lagu tersebut. Malah ada yang menyatakan gandingan dua artis itu mampu melahirkan fenomena Raihan kali kedua.

“This is one of masterpiece nasyid..”  – Yunaz

“Nice song, nice MV, macam korean historical drama punya scene…” – Mustaqim

“Kombinasi Nazrey Johani dan One Path mampu lahirkan fenomena Raihan kedua! Peluang cerah jika teruskan kombinasi ini” – Subconxious Intl.

Menyedari harapan besar peminat yang diletakkan ke atas bahu mereka, Haseef mewakili kumpulan One Path bertekad untuk menjadi yang terbaik demi meneruskan legasi nasyid di era TikTok.

“Tanggungjawab ini agak berat bagi pendatang baru seperti kami. Kena pulak kami semua pemalu bila berdepan khalayak ramai,

“Tetapi bila perasaan tu muncul, kami akan berfikir dan muhasabah, bagaimana situasi dunia hari ini andai Baginda Rasulullah SAW malu nak berdakwah kepada kaum Arab jahiliah satu masa dahulu, adakah Islam akan sampai kepada kita hari ini?

“Sollu ‘Alan Nabi. Besar pengorbanan Nabi SAW nak pastikan kita dapat merasai nikmat Islam hari ini. Kini tiba giliran kami meneruskan legasi dakwah itu.

Menerusi ruangan komen yang sama, ramai juga di kalangan peminat berpendapat penampilan istimewa Nazrey Johani di dalam lagu tersebut merupakan pilihan yang tepat dan sedikit sebanyak berjaya mengubati rindu mereka kepada era nasyid 90an. 

“Rindu suara Ustaz Nazrey. Aura Raihan yang dulu kembali” – Daus

“From Indonesia. Saya seperti mendengar raihan” – Roni Putra

“Tak Perlukan Elemen Maksiat Untuk Trending - Netizen

Melihat kepada komen-komen tersebut, pelantun lagu Iman Mutiara, Nazrey Johani mengungkapkan rasa syukur kepada Allah di atas penerimaan warga maya terhadap lagu terbaharunya bersama One Path.

“Macam-macam perasaan saya rasa bila baca respon netizen. Gembira, terharu, syukur, semuanya bercampur. 

“Saya sangka ramai yang sudah melupakan orang lama seperti saya yang dah jarang muncul depan media ni. Rupanya masih ada, terutama sekali dari peminat-peminat kumpulan lama saya, Raihan.

“Mudah-mudahan dengan adanya Laila Majnun dapat mengubati rindu kalian terhadap Raihan yang dulu.

Laila Majnun kini sedia dimainkan di stesen-stesen radio seluruh negara dan juga di semua platform digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SITI JAMUMALL

Rambut Rosak Teruk, Hampir Botak, Siti Jamumall Nak Saman Salon?

MARCELL

Marcell Mahu Jadi Contoh Terbaik Buat Anaknya Untuk Dikenang