Berbekalkan minat yang mendalam sejak kecil dan lebih lima tahun pengalaman dalam menyertai pertandingan nyanyian, bintang baru Qaidzul yang juga sering disapa mesra sebagai Ajoi membuka langkahnya untuk masuk ke industri hiburan tempatan.
Sebelum ini, Qaidzul memang dikenali oleh pengikut setianya di laman sosial seperti Youtube kerana gemar menyanyikan semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa.
Kini, anak muda yang berasal daripada Kelang ini muncul dengan single pertamanya yang berjudul ‘TAK PERLU UNGKAPKAN’.
Lagu ciptaan DJ Fuzz ini memberi peluang kepada Qaidzul untuk menunjukkan kemampuannya sebagai seorang bintang baru di Malaysia. Lebih menarik lagi lagu ini mendapat sentuhan empat orang penulis lirik iaitu penyanyi Hez Hazmi, serta Jiwa, Yus Zainal dan juga Azren Albakri. Mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang indah buat percubaan pertama Qaidzul dalam industri seni suara.
Video lirik dan muzik lagu ‘Mawar Terbiar’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Menurut Qaidzul lagu ini berkisahkan cinta yang tak kesampaian di mana hati lelaki di dalam lagu tersebut telah dipermainkan oleh wanita. Walau bagaimanapun, lagu ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup Qaidzul sendiri dan ia hanyalah sekadar sebuah lagu.
Sungguhpun begitu, dia yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian.
Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan pertama Qaidzul ini mempunyai potensi yang besar untuk diterima para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang mengasyikkan serta kemerduan suara Qaidzul sendiri.
Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,
“Walaupun Qaidzul masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau. Saya berharap agar ‘Tak Perlu Ungkapkan’ menjadi permulaan bagi kerjaya Qaidzul dan berharap lagu ini dapat diterima ramai sebelum beliau mengorak langkah dan melangkau lebih jauh.”
Lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Artist : Qaidzul
Tajuk : Tak Perlu Ungkapkan
Komposer : DJ Fuzz
Lyricist : Hez Hazmi/Jiwa/Azren Albakri/Yus Zainal
Publisher : Mixology Publishing
LIRIK TAK PERLU UNGKAPKAN
Verse 1
Apa Aku Terima
Alasan Kau Yang Sama
Lihat Semua
Apa Puncanya
Verse 2
Apa Yang Kau Berikan
Semua Kau Permainkan
Hati Dan Perasaan
Tinggal Kenangan
Pre Chorus
Kau Hampa Kan Hatiku
Kau Hancurkan Semua
Cerita Yang Indah
Kau Hampa Kan Hatiku
Kau Hancurkan Semuanya
Chorus
Tak Perlu Ungkapkan Kata Cinta
Jika Hati Tak Merasa
Tak Perlu Ungkapkan Kata Cinta
Jika Alasan Yang Ku Terima
Biarkan Saja
Bridge
Sesungguhnya Aku Kan Merasa
Cinta Sejati Belum Sempurna
QAIDZUL INTRODUCES HIMSELF WITH ‘TAK PERLU UNGKAPKAN’
Rocketfuel’s latest discovery is all ready to rumble
With undivided passion since young and more than five years of experience participating in singing competitions, rising star Qaidzul also affectionately known as Ajoi, takes his first step into the local entertainment scene.
Qaidzul, who already has his fair share of fans and followers has been making a name for himself by performing covers of several popular songs by local and international artistes on Youtube.
Now, the young man which hails from Klang hopes to break into the local music arena through his debut single ‘Tak Perlu Ungkapkan’.
The song which was composed by renowned maestro DJ Fuzz gives Qaidzul the chance to show off his skills as a new singer in Malaysia. Furthermore, the song’s lyrics were penned by four different individuals, namely local singer Hez Hazmi, alongside Jiwa, Yus Zainal and Azren Albakri. All four lyricists worked hand in hand to ensure that Qaidzul’s first offering does not disappoint as he enters the local music scene.
According to Qaidzul, the song tells the story of unrequited love where a man gets his heart ‘played’ by a woman. However, Qaidzul stressed that the song has nothing to do with his life experiences and it is merely a song. However, Qaidzul is certain that many men have gone through similar situations.
Rocketfuel Entertainment is confident that Qaidzul’s first offering which showcases his melodious voice as well as the great composition will have great potential and will be well accepted by local music lovers.
According to Feros, The Music Label Head of Rocketfuel Records,
“Although Qaidzul is still rather new in the Malaysian music industry, I believe in his singing talent. I hope ‘Tak Perlu Ungkapkan’ will be a great start for Qaidzul’s career and hope the song will be accepted by many before Qaidzul steps further in the music arena.â€
‘Tak Perlu Ungkapkan’ can be downloaded on iTunes and is also available as a ringtone from all local telcos. It can also be streamed online on Raku, Spotify, Joox and Apple Music. The music video can also be viewed Rocketfuel’s Youitube Network.
-END-