Menerusi dua InstaStory di Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu telah mendakwa sesebuah keluarga akan melalui jurang perbezaan dan boleh menjadi ‘berpuak-puak’ kerana terdapat golongan vaksin dan anti-vaksin. Sekarang ni umat Islam dah jadi berpuak-puaklah pulak katanya.
“Yang tak nak vaksin tak semestinya dia anti-vaksin. Hak masing-masing la kan, hebat permainan dunia memecah-belahkan manusia dengan benda ni je,”
– Rita Rudaini
Pelakon filem Kerana Korona itu turut mempersoalkan mengenai golongan warga emas yang perlu dipaksa oleh orang sekeliling mereka untuk menerima suntikan vaksin.
Menurut Rita, golongan warga emas terutama yang menggunakan kerusi roda sudah tidak berdaya untuk kemana-mana. Jadi mengapa perlu ‘diangkut’ ke pusat vaksinasi, adakah ‘larat’ untuk melancong ke luar negara selepas divaksin? Apa agenda? Paksa orang tua cucuk vaksin?
“Mereka dah tua nak jalan pun tak boleh, jadi nak vaksin pergi mana? Paris? Milan? Daftar mak bapak yang dah uzur. Otak mana?
“Korang nak cucuk, cucuklah. Tak payah nak risikokan mak pak. Kalau boleh pergi melancong pun, korang bawak ke mereka?,”
– Rita Rudaini
Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @HermyRahim memuat naik semula tangkap layar InstaStory tersebut yang membidas kenyataan Rita yang dikatakan ‘tidak masuk akal’.
“Nanti bila ada artis lain perli dia meroyan lima hari lima malam kata tak antivaksin lah apa lah. Followers ramai ramai pon gila. Dia ni ingat kita or orang tua kita pergi vaksin sebab nak suruh travel ke apa? Bodoh gila. Membaca malas lepas tu sebar bukan bukan. Gila!,”
– @HermyRahim.
Warganet lain turut mengecam pendapat Rita dengan meninggalkan kata-kata kesat dan tidak memahami apa yang ‘bermain’ dalam fikiran pelakon tersebut.
Hak masing-masing jugak nak pergi vaksin!
Masalahnya bukan sebab melancong, nak elakkan dapat virus la!
Kena Covid, baru sedar diri kot
Menerusi laporan media sebelum ini, Rita meluahkan rasa bengang apabila pengacara Fara Hanim Razak mendakwanya seorang anti vaksin dan menganggap C4vid-19 adalah ilumin4ti.
Semua bermula apabila pengacara terbabit memuat naik ciapan di Twitter dengan menulis ‘Cuba teka jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid dan serta Covid adalah iluminati’.
“Begini kah sikap seorg muslimah..org muslim…dtg la jumpa depan2..bukan xpernah sembang pon kan…
Sisturr lg lama duduk kawasan ni berjiran dgn schawal,lutfya..xpernah plak jumpa jiran mcm ni..elok je kita org…klau xpuas hati mai la sembang…kita org islam kn brjiran…apa masalah hang ni?
Sisturr pon xpernah tulis sisturr antivac..pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka,nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la..xpernah kacau hidup org pon…Eh nampak sgt tidak bijak,pasal v4ksin sj pon nk pandang serong kt org…islam plak tu…ayooo org mcm ni xle buat jiran…suka ckp belakang …dpn bukan main manis mulut…belakang busuk jugak ye…xyh la tulis RR LL..tulis je la nama…apa salahnya…klau nak cari publisiti… lps ni naik la follower ..jahat juggk mulut awak ye sis”
Doktor Perjelas Mengapa Warga Emas Perlu Divaksin
Warga emas perlu mengambil v4ksin C0vid-19 kerana mereka lebih terdedah untuk dijangkiti dan meninggal dunia akibat virus berkenaan.
Pakar geriatrik, Dr Ungku Ahmad Ameen berkata, tempoh pemulihan warga emas juga adalah lebih lama berbanding pesakit biasa.
Justeru dia meminta warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mendapatkan vaksin untuk mencegah penul4ran wabak berkenaan.
Ungku, yang meraw4t pes4kit C0ovid-19 di kalangan warga emas di Pusat Rehabilitasi Cheras, berkata ramai pes4kit warga tua menderita meskipun setelah dibenarkan keluar dari hospital.
“Pes4kit biasa biasanya keluar dari wad C0vid-19 setelah 14 hari tetapi bagi pesakit berusia, setelah hari ke-14 mereka masih tidak sihat, masih lemah dan masih tidak dapat berjalan dengan baik.
“Mereka mengatakan rasa berbeza sebelum dan selepas dij4ngkiti peny4kit ini. Mereka lebih lemah dari biasa.
“Oleh itu, melihat kadar kematian, kesan penyakit dan kesejahteraan warga emas; perkara yang perlu dilakukan adalah mencegah mereka daripada mengidap penyakit itu sendiri,”katanya semasa forum dalam talian bertajuk “Pelan vaksinasi untuk kakitangan dan warga emas di rumah penjagaan orang tua ”.
Mengulas lanjut, Ungku berkata pes4kit Covid-19 yang berusia cenderung dikesan lebih lewat, menghadapi komplik4si dan tempoh pemulihan yang lebih lama.
“(Bila) menguruskan pesakit tua di hospital, kita dapat melihat kebanyakan mereka adalah pesakit lemah. Dan ketika mereka masuk, ada kemungkinan mereka terlambat ke hospital.
“Dan kemudian pemulihan perlukan masa. Sebagai contoh (mereka yang mempunyai) komplikasi seperti pembekuan darah di paru-paru dan juga kerosakan pada paru-paru – kumpulan pesakit ini akan memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih, ”katanya.
Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, warga emas akan diberi vaksin pada fasa 2 (April hingga Ogos 2021).
Vaksinasi adalah percuma bagi semua individu yang mendaftar tanpa mengira status kewarganegaraan.
Sehingga 19 Februari, Malaysia mencatatkan 1,043 kematian Covid-19, yang kebanyakannya adalah warga emas.
Beberapa kluster dikesan di rumah orang tua setakat ini di Kuala Selangor, Kluang, Lembah Pantai, Ipoh, Serdang dan Melaka.
Ungku hari ini memaklumkan bahawa Pusat Rehabilitasi Cheras sedang merawat sembilan pesakit Covid-19 yang datang dari pusat jagaan orang tua.
Dia berkata pusat ini mempunyai 60 katil dan mengambil pesakit Covid-19 berusia 70 tahun ke atas, yang sama ada dalam Kategori 1 (tanpa gejala), Kategori 2 (gejala ringan) atau Kategori 3 (gejala yang lebih serius).