Pada tahun lalu Shell menguji pembayaran minyak TNG RFID secara nirsentuh di lima stesen minyak terpilih.Â
Kini sistem pembayaran sudah sedia digunakan kesemua pengguna TNG RFID di lima lokasi yang sama.
Pelanggan hanya perlu mengaktifkan ciri pembayaran di pam minyak di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pam yang menyokong sistem RFID akan mengesan kenderaan dan kemudian pengguna perlu memilih jumlah minyak yang ingin dibeli. Sekiranya jumlah minyak yang dipam adalah lebih rendah dari yang dibeli, baki akan dikreditkan semula ke akaun pengguna.
Lima stesen minyak Shell dimana sistem pembayaran TnG RFID ini boleh digunakan sekarang ialah seperti di bawah.
- Shell Bandar Sri Menjalara
- Shell Mint Hotel
- Shell NKVE Damansara
- Shell Taman Connaught
- Shell Taman Tun Dr Ismail.
Baru-baru ini, telah tular di laman TikTok @iivanstephanos yang berkongsi pengalaman dan cara mengisi minyak menggunakan RFID di Shell Taman Connaught, Kuala Lumpur.
Dalam video itu, dia hanya perlu menunggu sensor (sama seperti di plaza tol) atas bumbung pam bertukar kepada lingkaran bulatan hijau yang menandakan nozel boleh diangkat untuk mengisi minyak. Memang mudah dan sangat cepat tanpa perlu pergi ke kaunter bayar.