Dalam sidang media semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa MCO 2.0 akan dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021 ke seluruh negara kecuali di Sarawak.
Berita ini turut mendapat perhatian beberapa orang selebriti tanah air antanya pengacara dan pelakon, Scha Alyahya. Scha berkata perlanjutan PKP ini adalah penting demi kebaikan bersama. Namun dia bersimpati kepada yang mengalami masalah kewangan yang terjejas sepanjang PKP.
“Ia sangat perlu, ia perlu dilakukan, tetapi kesian yang kewangan terjejas dan dalam keadaan tertekan. Ada yang tidak mempunyai pendapatan sama sekali. Jadi berpada-pada bila nak komen, tak payah bising lebih sebab semua cari makan kan. Dan tolong jika anda mampu,”
– IG Stories Scha Alyahya
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata SOP akan diperketat selepas ini. Sebagai contoh, di pasar dan kedai runcit, akan ada batasan jumlah orang yang memasuki kedai serupa dengan PKP pertama.
Walaubagaimanapun, senarai lengkap SOP akan dikeluarkan oleh MKN dalam amsa terdekat.