Menurut Atikah menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini menjelaskan bahawa dia berasa bosan dengan watak klise perampas dan juga skrip lemah yang disediakan oleh sesebuah pernerbitan drama
Selain itu, Atikah juga katanya tidak mahu membawa watak jahat bertudung yang baginya hanya akan menjejaskan imej wanita Islam yang sebenar.
Meskipun dirinya kini mengalami masalah kewangan akibat perlaksanaan PKP yang menjejaskan pendapatan akibat kurang tawaran berlakon, Atikah berkata dia menerima banyak skrip untuk watak antagonis tapi tiada sebab yang kuat baginya untuk menjadi jahat.
Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun itu sering menerima tawaran berlakon watak antagonis sehingga karakter tersebut ‘melekat’ dengan dirinya.
“Biasanya skrip yang saya dapat watak antagonis tidak kuat untuk dia betul-betul menjadi jahat. Kamu tak boleh terus dilahirkan untuk menjadi jahat kan? mesti ada sebab yang kukuh. Entahlah.”
– Atikah Suhaime
Akhiri Atikah, dia akan menerima watak antagonis hanya jika ada motif kuat untuk seseorang menjadi jahat dalam skrip tersebut.