Terdahulu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz, sering memuat naik gambar serta video kemesraan bersama suaminya, di laman media sosial terutamanya instagram dan tiktok. Perkara tersebut terlihat mereka adalah pasangan yang bahagia dan sering dipuji oleh netizen.
Baru-baru ini, di laman instagram milik Zulin, dia mengeluarkan kenyataan di mana dia telah pun bercerai dengan suaminya itu Farhan Norzaini. Namun punca penceraian tidak diberitahu oleh Zulin ataupun dari bekas suaminya itu, kerana ingin menjaga aib masing-masing.
Terbaru, pelakon dan pengacara itu mengatakan bahawa masalah yang dihadapi dengan suaminya itu telah berakhir. Eh, serius lah?
Zulin telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya dan menjelaskan bahawa hubungannya bersama suami akan dimulakan semula dengan peluang yang lebih baik.
Namun, rata-rata netizen menasihati Zulin di ruang komen agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang mampu menimbulkan salah faham orang ramai.
Di tiktok dan instagram pula, kecoh mengenai netizen mempertikaikan penceraian Zulin dengan bekas suaminya. Ada yang membuat video spekulasi sendiri di tiktok mengenai penyebab penceraian mereka itu. Zulin memuat naik post di instagram story miliknya berterima kasih atas doa dan semangat yang diberikan, Zulin meminta juga agar berhenti untuk membuat spekulasi mengenai isu penceraian mereka.
Ada juga yang meninggalkan komen di instagram mengenai perangai bekas suami Zulin itu.
“Saya macam nampak live dulu, nampak macam tak sefahaman. banyak yang bercanggah pemikiran sang suami. ade je tak kene dimata dia. kak Zulin dah buat yang terbaik.. insyaallah yang baik2 saja”-kata mereka
“Setahu saya zulin pernah bagitahu suami dia sangat complicated/teliti/kemas”-tambah mereka
“Ada sakit la tu coz perfectionist sgt kot”-tulis mereka
“Ada sifat begitu tidak apa, tapi jangan sampai ada sifat ego dan suka pelekehkan isteri, keji, kutuk, maki isteri, dia rasa diri tu perfect sangat, itu yang isteri tak boleh tahan tu”-ujar mereka
Sebagai info, Zulin dan suaminya Farhan telah sah menjadi pasangan suami isteri pada 20 Februari tahun lalu.